Pages

Wednesday, 16 October 2013

PROVOKASI ATAU MAHU MATI KA?

Kisah dan kejadian rusuhan kaum dan agama kerap menjadi senjata untuk memecahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Tidak kira di negara mana sekalipun, inilah senjata utama bagi mengkucar-kacirkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Sejak peristiwa 13 Mei 1969 hingga sekarang, perpaduan kaum dan agama hampir diragut dengan kejadian yang tidak bertamadun ini akibat mainan politik sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan moral yang menjijikkan.

Tatkala umat Islam menyambut Hari Raya Korban semalam, kejadian rusuhan agama hampir terjadi berhampiran Surau Al-Ubudiah Bukit Gedung, Bayan Baru Pulau Pinang. Sentimen dan ketegangan agama bertambah keruh apabila berita mengenainya mula tersebar dengan pantas di ruang legar maya. Kejadian yang didakwa berpunca dengan provokasi penganut agama Hindu yang mendirikan kuil bersebelahan dengan surau tersebut telah mendapat tentangan dan menimbulkan ketegangan yang mungkin akan mencetuskan pergaduhan berdarah. Kewajaran JKKK Bukit Gedung yang memberi laluan kepada upacara agama Hindu tersebut dipertikaikan dengan memetik beberapa nama dalam JKKKK tersebut yang dikaitkan dengan pemimpin dan parti politik Pakatan Rakyat. Namun, tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi dapat meredakan keadaan yang meruncing itu.



Teman cuba membawa pembaca menilai dan berfikir secara rasional rentetan daripada kejadian tersebut. Tidak berniat untuk menambahkan ketegangan. Kenyataan dan jawapan daripada JKKK Bukit Gedung berkaitan dengan isu tersebut adalah adalah kurang jelas dan hanya jawapan seperti melepas batu di tangga. Tidak lebih daripada itu. Pemilihan tempat juga dipertikaikan memandangkan begitu banyak lagi tempat yang yang berada di kawasan Bayan Baru yang lebih sesuai digunakan untuk tujuan tersebut. Persoalannya, mengapa upacara tersebut perlu hampir dengan Surau Al-Ubudiah? (betul-betul bersebelahan). Kewujudnya sebuah bilik gerakan PKR disitu juga menimbulkan persoalan. 

Sewajarnya JKKK Bukit Gedung menasihati penganjur untuk mencari tempat sesuai yang lain semasa permohonan dibuat dan bukan sekadar memberi syarat dan peraturan yang tidak dipastikan akan dipatuhi. Adalah lebih baik JKKK Bukit Gedung merujuk terus kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan PDRM. Kaedah dan tatacara yang betul sebelum membuat keputusan. Dan bukan mengikut rentak fahaman politik diri sendiri.

Jika tidak dengan tindakan pantas PDRM, teman yakin kejadian yang pernah berlaku di Kampung Medan akan berulang! Tahniah dan syabas PDRM!

Photo Credit : Mamluk Qalawun dan Mael Pengerang

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...