Pages

Sunday, 27 October 2013

KISAH SEBENAR BAPA JAMIL KHIR DOAKAN KEMENANGAN CALON PAS SUNGAI LIMAU


Menjelang PRK Sungai Limau, PAS dilihat cuba memanipulasi keadaan dengan mengheret bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam tempoh berkempen, PAS yang membuat ziarah rumah ke rumah tidak melepaskan peluang untuk menziarahi bapa kepada menteri ini yang dikatakan penyokong kuat PAS. 

Melalui video yang disiarkan oleh TV PAS, Datuk Mahfuz Omar ada mengatakan bahawa bapa ahli politik itu mendoakan kemenangan calon PAS di PRK Sungai Limau. Namun, kata-kata Mahfuz itu tidak disokong dengan bukti yang kukuh, sekadar menyiarkan video leteran panjang Mahfuz memuji-muji kebaikan bapa Datk Seri Jamil Khir. 

Malangnya, tidak pula dijelaskan butiran doa yang dibacakan En. Baharom itu, hanya sekadar video yang dilapikkan dengan suara Mahfuz. 

Video yang berdurasi 2:50 itu memaparkan aktiviti kempen PAS yang turut membawa calon mereka menziarahi penduduk di sekitar kawasan tersebut. 

Persoalannya, kalau benar En. Baharom berdoa untuk kemenangan PAS, kenapa tidak diperjelaskan suara beliau di dalam video tersebut. Kenapa perlu digantikan dengan suara Mahfuz yang membuat ulasan panjang berkenaan kempen ziarah itu?

Ini lagi satu permainan PAS yang cuba menggunakan perang psikologi kepada pengundi di Sungai Limau. Dengan menggunakan modal bapa menteri, mereka cuba memancing undi. 

Ini jelas menunjukkan PAS kekeringan modal untuk berkempen sehingga mengheret mereka yang tidak mempunyai kepentingan bagi melancarkan kempen mereka. 

Namun, sejauh mana perkara ini boleh membantu mereka mempertahankan kerusi kawasan itu. Adalah lebih baik jika PAS lebih bersikap jujur dan telus.

Jika benar bapa Datuk Seri Jamil Khir berdoa kepada kemenangan PAS, siarkan secara penuh. Tidak salah, malah boleh juga seluruh rakyat mengaminkan doa tersebut, itu pun jika benar isi kandungan doa itu seperti yang dikatakan Mahfuz melalui video tersebut. 

Kepada jentera PAS, sudah-sudahlah menggunakan taktik kempen sebegini, sudahlah digunakan nama arwah ustaz Azizan walaupun sebelum ini kerap dikecam, sekarang pula menggunakan bapa orang untuk meraih undi. 

Nampak sangat terdesak......

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...