Pages

Sunday, 27 October 2013

KESESATAN ABBY ABADI DIDEDAH!

Masyallah! Sejak bila pula Ustazah Segera PAS ini layak menjatuhkan hukum hakam Islam. Sikap Abby ini yang begitu mudah menjatuhkan hukum berdosa mengundi BN adalah keterlaluan. Dimana kah nas-nas yang Abby kutip? Siapakah Abby Abadi? Dimanakah Abby Abadi berguru? Adakah masuk PAS maka seseorang itu layak menjatuh hukum hakam agama?

Inilah contoh kemunafikan seorang yang mendakwa bijak pandai tetapi sebenarnya bodoh ditipu oleh Syaitan yang direjam!

Rakyat News, YAN : Pelakon, Abby Abadi menerusi ceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyeru agar pengundi tidak memilih calon BN kerana berdosa jika memilih parti tersebut.

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata demikian, malah menyalahkan UMNO kerana gejala maksiat di Malaysia semakin menjadi- jadi.

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.

Menurutnya, Umno bertanggungjawab terhadap golongan selebriti di Malaysia yang mana kebanyakan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam.

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, malam tadi.

Sebelum ini, bapa kepada Abby Abadi, Abdul Manan Tadin, 78, yang bertindak selaku perwakilan yang mengundi pada Pemilihan UMNO Bahagian Gombak 2013 menjelaskan, kesetiaannya kepada UMNO tidak akan sama sekali berganjak walaupun mengetahui anaknya yang juga selebriti terkenal itu telah menyertai Pas.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...