Pages

Wednesday, 2 October 2013

Ini Jawapan Khairy Isu Bayaran K-POP!! @KhairyKJ @Reginalah @KBSMalaysia

Dakwaan bahawa wujud penipuan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sebelum ini mendakwa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta bagi membawa tiga kumpulan penyanyi K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu dijawab Menterinya, Khairy Jamaluddin.

Berkenaan kenyataan KBS pada tahun lalu bahawa ia tidak membelanjakan RM1.6 juta berkenaan, Khairy menjelaskan bahawa KBS sebenarnya terpaksa menanggung jumlah itu selepas syarikat swasta yang berjanji mahu membayar kos konsert berkenaan gagal membuat pembayaran.

“Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut.

“Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012,” katanya di sini hari ini.

Menurut Khairy, walaupun perkara itu berlaku ketika beliau belum mengetuai kementerian berkenaan, namun atas prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility, maka beliau memilih untuk menjelaskan dan bertindak ke atas apa yang berlaku dalam kementerian itu.


Untuk rekod, Menteri yang bertanggungjawab ketika isu konsert K-pop berkenaan adalah Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Tambah Khairy, tidak akan ada lagi sebarang konsert K-pop sempena sambutan Hari Belia bermula tahun ini.

Dalam pada itu, mengenai kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia di mana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun menjalankan siasatan dan ia telah sampai peringkat terakhir.

Sumber : Belia Bangkit

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...