Pages

Friday, 25 October 2013

IKUTI PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2014 SECARA LANGSUNG DI LAMAN TWITTER @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat untuk sama-sama mengikuti pembentangan Belanjawan 2014 di Parlimen esok secara langsung menerusi laman Twitter miliknya.

Najib berkata, tweet secara langsung pembentangan bermula jam 4 petang itu boleh diikuti menerusi laman Twitter @NajibRazak.

"Kongsi berita ini dengan teman-teman dan keluarga anda, serta lawati laman FB (Facebook) ini untuk perkembangan terkini,” kata Perdana Menteri melalui laman sosial Facebook dan Twitter beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa belanjawan itu telah dirangka untuk memastikan ekonomi negara terus stabil dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

Bernama

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...