Pages

Wednesday, 23 October 2013

IBADAH KORBAN DIJADIKAN SENTIMEN KEBENCIAN ANTARA KAUM

Pasti ramai yang telah mendengar rakaman perbualan telefon yang dimuat naikkan di laman sosial Facebook baru-baru ini. Rakaman di antara seorang lelaki yang dipercayai berketurunan India dengan seorang guru besar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Puchong berhubung isu korban yang dilakukan oleh pihak sekolah.

Rakaman berdurasi 8.06 minit mengenai provokasi yang cuba dilakukan oleh lelaki India tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Saravanan itu mendapat perhatian ramai pihak yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Di dalam rakaman perbualan tersebut dia cuba menimbulkan mempertikaikan keputusan sekolah tersebut menjalankan upacara qurban di dalam kawasan sekolah yang kononnya akan mengganggu sentimen pelajar beragama hindu.

Walaupun guru besar tersebut cuba menjelaskan dengan cara berhemah dengan menggunakan nada yang rendah, Saravanan tetap dengan pendekatan kasar dan biadab. Malah dia berulang kali menyebut, sekiranya pihak sekolah membenarkan upacara qurban dijalankan, maka penganut agama lain patut dibenarkan untuk memotong babi di sekolah.

Sikap profesional yang ditunjukkan oleh guru besar terbabit, wajar dipuji kerana walaupun diasak dengan sedemikian rupa beliau tetap memberikan respon dengan tenang dan sopan. Malah ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan, beliau menjelaskan walaupun ibadah qurban itu dilakukan di kawasan sekolah, namun para pelajar yang bukan beragama Islam tidak dibenarkan untuk berada di kawasan yang berhampiran.

Oleh yang demikian, tidak timbul soal sentimen atau perkara-perkara yang dirasakan akan menyinggung sensitiviti pelajar. Ini kerana program yang dijalankan itu selain bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama, ia bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar Islam tentang ibadah tersebut.

Mungkin mereka yang bukan beragama Islam merasakan perkataan babi yang digunakan, hanya merupakan analogi mudah namun bagi penganut agama Islam ia adalah merupakan satu percubaan untuk mencetus sentimen perkauman dan cubaan untuk menghasut.

Ini kerana Perkara 11, Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Walaupun Saravanan cuba mempertikaikan tindakan tersebut dengan alasan pihak kementerian kononnya tidak membenarkan aktiviti seumpama itu dijalankan di kawasan sekolah. Namun sekiranya diteliti, pihak kementerian secara dasarnya tidak pernah memberikan sebarang arahan bertulis melalui pekeliling untuk tidak membenarkan perkara tersebut.

Tambahan pula, ibadah korban adalah merupakan sebahagian daripada sukatan mata pelajaran Islam. Oleh itu tidak timbul sebarang isu mengenai perkara tersebut. Secara rasionalnya tidak salah sekiranya pihak sekolah berhasrat untuk mengadakan latihan praktikal bagi mendedahkan para pelajar dengan cara dan kaedah yang dibenarkan Islam ketika menyembelih binatang ternakan.

Malah melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh guru besar tersebut, beliau secara terang menjelaskan perkara tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam mesyuarat pengurusan sekolah yang turut dihadiri oleh guru-guru yang bukan beragama Islam. 

Kesimpulannya pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan segera menjalankan siasatan berhubung tindakan Saravanan ini yang secara jelas cuba mewujudkan suasana tidak selesa di kalangan masyarakat. Malah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan juga jelas mengandungi sentimen kebencian dan hasutan.

1 comment :

  1. MASYA-ALLAH, Macam2 tuntutan, ancaman dan provokasi daripada puak kafir LAKNATULLAH(terutama dalam Pakatan Rakyat) terhadap Umat Islam dan Melayu di Malaysia dalam 5 tahun kebelakangan ini,.... APA YANG NYATA, mereka semakin BERANI kerana segelintir pemimpin Utama dan penyokong Melayu Islam PAS dan PKR sedang MENYOKONG dan MEMBUKA RUANG kepada mereka demi menjaga hati untuk dapatkan UNDI CINA DAN KRISTIAN.

    KUMIM
    http://empayarkumim.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...