Pages

Friday, 4 October 2013

HOT NEWS! PENJENAYAH CEDERA DITEMBAK POLIS

Gambar Hiasan
Seorang penjenayah cedera ditembak polis dalam kejadian di Taman Keladi Sungai Petani malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, suspek yang berusia 18 tahun berkenaan cedera di bahagian bahu ketika cuba melarikan diri selepas diarahkan menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, kejadian bermula apabila anggota polis peronda terserempak dengan sebuah kenderaan yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah.

Katanya, anggota polis peronda terbabit kemudian membuat semakan status kenderaan dan mendapati kereta tersebut pernah digunakan untuk melakukan samun dan rompakan bersenjata.

"Suspek diminta memberhentikan kenderaan, namun mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya terus memecut laju.

"Polis terpaksa mengejar kenderaan tersebut sejauh dua kilometer hingga ke Taman Keladi. Dalam keadaan kelam-kabut itu, polis melepaskan tembakan dan mengenai bahu kanan salah seorang suspek,'' katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN

Khalil memberitahu, seleas menyedari rakan mereka ditembak, dua lagi suspek bertindak memberhentikan kenderaan sebelum melarikan dir.

"Polis yang melakukan pemeriksaan menjumpai beberapa parang dan senjata tajam dipercayai digunakan suspek untuk melakukan samun,'' katanya.

Tambahnya, suspek yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

Polis turut melancarkan gerakan memburu dua lagi suspek yang berjaya melarikan diri. 

UTUSAN

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...