Pages

Tuesday, 22 October 2013

DR MAZA KENA LEMPANG DENGAN HARUN TAIB! KESIAN!

Keputusan Mahkamah Rayuan tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald adalah satu kemenangan yang berharga kepada umat Islam di Malaysia. Malangnya, masih kedengaran "suara-suara sumbang" yang tidak berpuashati dan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut, malah enggan mematuhi larangan tersebut.

Malah, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menyokong keputusan Mahkamah Rayuan tempohari yang melarang melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah The Herald. Beliau sendiri menyeru supaya semua pihak perlu akur dengan keputusan tersebut.

Tidak menghairankan jika suara-suara sumbang tersebut terdiri di kalangan bukan Islam atau pemimpin-pemimpin politik bukan Islam kerana mereka ini mempunyai kepentingan agama pegangan masing-masing. Namun yang mendukacitakan apabila bekas Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA menyatakan pendirian bahawa tiada larangan kepada bukan Islam menggunakan kalimah Allah malah mereka digalakkan berbuat demikian berdasarkan al-Quran dan sunah.

Pendirian seorang bekas Mufti ini yang dilihat mempunyai fahaman yang "amat merbahaya" dan akan menambahkan kekeliruan umat Islam serta mengeruhkan lagi polemik Kalimah Allah ini. Malah pendirian beliau itu sealiran dengan pemimpin-pemimpin politik pembangkang. Tidak pasti apakah tujuan sebenar beliau menambahkan kekalutan isu ini, atau ada "niat tertentu" bagi dengan "tujuan-tujuan tertentu".

"Khabar angin" sebelum ini beliau pernah didakwa pernah menjadi "rebutan" parti-parti politik samada Kerajaan ataupun pembangkang untuk dijadikan calon Pilihanraya Umum ke-13 namun tidak kesampaian akibat tuntutan melampau beliau terhadap jawatan-jawatan tertentu sekiranya menang. Dikhabarkan juga keinginan beliau menggalas jawatan tertinggi di dalam JAKIM, IKIM dan YADIM yang tidak kesampaian lalu kerajaan dan UMNO seringkali disindir dan dikritik demi melepaskan "geram kesumat dalam jiwa gelora".

Diakui beliau mempunyai pengikut dan peminat yang tersendiri, namun jika iktikad beliau dilihat telah berpaling daripada Islam yang sebenar, maka harus ditentang dan dibenteras. 

Alhamdulillah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib turut sama membantah kenyataan Dr MAZA itu dan tetap dengan mempertahankan pendiriannya bahawa bukan Islam dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu yang hanya khusus untuk agama dan umat Islam. Walaupun Datuk Harun Taib dilihat bersendirian dalam hal ini, namun sokongan Ketua Dewan Ulama PAS terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tempohari amatlah dihargai.

"Dalam pada itu, Datuk Harun Taib percaya di sebalik tindakan serta kesungguhan orang Kristian menggunakan kalimah Allah, tersirat tujuan serta agenda tertentu mereka".

2 comments :

  1. kedua-dua yang sibuk membenarkan atau tidak membenarkan kalimah Allah disebut, hangpa ingat Allah tu mahkluk macam hangpa ka? suka hati ja keluaq hukum sana sini fatwa sana sini. Dia Tuhan Yang Suci, Satu-satunya Yang Wujud, Ahadun, bukan anak hangpa. Sebut lah, sandarkanlah apa yang baik atau buruk pun pada Tuhan pun, sekali-kali tidak mencemarkan darjat ketuhanan. Yang menyesatkan diri ialah diri sendiri, bukan orang lain, bukan siapa-siapa tetapi diri sendiri..

    sory admin garang skit

    ReplyDelete
  2. So tak payah kata apa2 atau buat apa2 ke?
    Masalah nya ialah org yg mengaku islam tdk kira ulama atau anak murid fanatik/si jahil...semuanya suka bertelagah.... amat mudah utk anasir kaafirun utk memporak perandakan kesatuan umat islam... harap2 ada jln terbaik utk kesatuan umat islam....mungkin berharap saja tak ada faedahnya...tp masih berharap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...