Pages

Thursday, 31 October 2013

DAP TOLAK CHRISTOPHER "ZAIRIL"LIM

Kemelut parti DAP nampaknya menemui jalan buntu kerana kepimpinan parti enggan mengakui kesalahan sendiri. Langkah yang diambil untuk menangani masalah yang berlaku pula langsung tidak menyelesaikan apa-apa tetapi hanya menambahkan lagi kekusutan. 

Masalah yang dihadapi DAP sebenarnya bukanlah sukar untuk difahami. Ia bermula apabila ahli-ahli dan pemimpin bawahan tidak puas hati kerana pemilihan CEC tidak telus. Apabila masalah awal ini tidak diatasi, tetapi meneruskannya dengan melantik pula mereka-mereka yang menang dengan cara kontroversi itu memegang atau mengambil-alih jawatan orang lain yang dilantik secara demokrasi, maka api yang membara mula merebak dan menyala. 

Inilah yang berlaku di Kedah, di mana Christopher Zairil Lim telah dilantik menjadi Pengerusi DAP Kedah bagi menggantikan Lee Guan Aik tanpa sebab musabab yang konkrit. Tiada siapa di dalam DAP Kedah yang rapat dengan Christopher dan jasanya di dalam parti juga masih belum terbukti. Perlantikan Christopher adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali. 

Akibatnya, DAP Kedah kini bergolak dengan perasaan tidak puas hati dan berang terhadap kepimpinan. 

Namun, seperti sebuah parti diktator tulen, kepimpinan DAP bukan sahaja enggan melayan perasaan mereka ini tetapi menyifatkan mereka sebagai tidak rasional kerana mempersoalkan keputusan kepimpinan. Malah, Guan Aik juga dipersalahkan atas alasan tidak menghalang perlantikan Christopher Zairil sejak dari awal. 

Enggan melayan aduan dan rungutan ahli-ahlinya, kepimpinan DAP bertindak menubuhkan dua jawatankuasa bagi menangani masalah negeri-negeri secara berasingan. Negeri Kedah, telah diletakkan di bawah seliaan Tony Pua yang turut bertanggungjawab ke atas Perlis, Pulau Pinang dan Perak. 

Tindakan ini, bagaimanapun dilihat oleh DAP Kedah sebagai bukti sikap ‘tidak berhemah’ Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agong parti. Guan dituduh sebagai sengaja mengelak dari berhadapan dengan masalah yang diciptanya sendiri. Lebih teruk ia juga dilihat sebagai cubaan Guan Eng untuk menguasai terus pentadbiran peringkat negeri. 

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, Guan Aik nekad untuk membawa permasalahan parti ke ROS Kedah. 

Guan Eng nampaknya telah tersilap perhitungan. Sangkanya, ahli-ahli dan pemimpin bawahan DAP adalah hamba sahayanya yang akan akur terhadap apa jua keputusannya tanpa banyak soal. Sangkanya mereka semua boleh dikerah sesuka hati sebagaimana Maharaja Cina mengarahkan pembinaan tembok besar. Inilah masalahnya apabila merasakan diri sendiri To’kong. 

Strategi Guan Eng untuk menipu orang-orang Melayu di Kedah dengan melantik Christopher Zairil sebagai Pengerusi nampaknya memakan diri. Orang-orang Melayu tidak tertipu tetapi orang-orang Cina DAP pula yang makan hati. 

Christopher Zairil bukan seorang Melayu dan semua orang-orang Melayu Kedah sudah cukup maklum akan perkara ini. Siapa yang akan lupa bagaimana ibu Christopher Zairil merebut harta peninggalan isteri pertama bapa tiri Christopher iaitu Tan Sri Khir Johari, di mahkamah. Christopher hanyalah anak tiri Tan Sri Khir Johari dan tidak punya setitik pun darah Melayu dan semua orang Kedah sudah tahu perkara ini. 

Kini, strategi licik ini membawa kepada masalah yang lebih besar. Sekali lagi DAP berkemungkinan berhadapan dengan ROS di peringkat negeri. Sedangkan, di peringkat pusat juga keadaan nampaknya bakal membawa ke arah yang sama. 

Jelas di sini bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang bijak dan jauh sekali seorang pemimpin yang baik. Beliau yang terlalu angkuh dan bongkak sering membuat keputusan yang salah akibat gemar menganggap orang lain bodoh. Sedangkan yang bodoh adalah dirinya sendiri kerana tidak memahami bahawa orang tamak itu selalunya rugi dan orang sombong itu selalunya dibenci. 

Entah bila Guan Eng akan menyedari bahawa satu-satunya cara untuk menyelesaikan semua masalah partinya ialah dengan mengaku kesalahan sendiri dan meminta maaf ataupun lebih baik lagi - berhenti.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...