Pages

Monday, 28 October 2013

BERAPA KALI MAU KANTOI DAAA!!!


Nampak gayanya Pas begitu terdesak untuk mengekalkan kemenangan parti itu di Sungai Limau sehingga sanggup menggunakan apa sahaja cara. Terbaru jentera parti itu di dedahkan menipu dalam risalah kempennya bagi menarik sokongan dan simpati pengundi.


Media sebelum ini memaparkan risalah kempen yang menunjukkan gambar calon parti itu untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, apabila disiasat gambar itu sebenarnya merupakan gambar kunjungan mesra dua pemberita kanan akhbar Sinar Harian ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Bagi mengelakkan parti itu disalahkan, mereka dengan pantas menjadikan pereka grafiknya sebagai ‘kambing hitam’. Mereka mendakwa kononnya perbuatan tersebut langsung tidak diketahui oleh kepimpinan parti dan berjanji akan melakukan siasatan.

Sinar Harian sebelum ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK Dun Sungai Limau.

Laporan itu juga menyatakan akhbar tersebut berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto tersebut, bagi mengelakkan salah faham.

Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd Idros Mohd Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata, adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini. Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.

Namun apa yang pasti, Pas KANTOI MENIPU. Sudahlah sebelum ini mereka melakukanPEMBOHONGAN kononnya bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendoakan kemenangan Pas. Tidak cukup dengan itu mereka juga turut mendakwa kononnya calon parti itu mempunyai hubungan keluarga dengan Azizan sebagai satu usaha menarik simpati.

Kini pembohongan mereka didedahkan lagi. Nampaknya tak serik-serik parti yang menggunakan Islam itu menipu orang kampung. Nampaknya selepas ini, satu gerakan perlu dilakukan agar Pas menggugurkan slogan Islam dari parti bagi mengelakkan orang ramai terus ditipu dan meletakkan kesalahan pada agama Islam.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...