Pages

Thursday, 31 October 2013

BANTU POLIS CARI INDIVIDU INI!

Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian samun ke atas seorang peniaga, minggu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun disamun empat lelaki ketika dalam perjalanan ke kedainya di tepi Jalan Gopeng, mengakibatkannya kerugian kira-kira RM6,000.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, hasil gerakan bersepadu dijalankan, dua daripada ahli kumpulan berkenaan berjaya ditahan dan polis sedang mengesan dua lagi rakan mereka.

Menurutnya, dua individu berkenaan dikenali sebagai K Raguvaran, 22, yang beralamat terakhir di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Changkat dan rakannya, S Mathekumar, 21, yang tinggal di Taman Bandar Baru Puspa bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

“Kumpulan ini dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes dengan modus operandi sama di sekitar kawasan ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kes berkenaan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Redha Pahlawi Abd Malek di talian 05-3629222 atau terus menghubungi 013-7717645,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Shaharon Anuar berkata, pihaknya turut mengesan Safiuddin Hashani, 23, bagi membantu siasatan kes rogol pelajar berusia 14 tahun, tahun lalu.

Katanya, Safiuddin berasal dari Taman Hijau Bemban di sini, dikesan bekerja sebagai buruh binaan di Perlis dan dipercayai masih berada di negeri itu.

Mereka yang mengetahui di mana Safiuddin diminta segera menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah di talian 05-03629222.

Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Suriyantee di talian 017-4000950 bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...