Pages

Friday, 25 October 2013

BAJET 2014 : Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM500 Kepada Penjawat Awam

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. "Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

BERNAMA

1 comment :

  1. Kalau di beri RM2000 kpd setiap penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 lg baik.Sama rata sama rasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...