Pages

Tuesday, 22 October 2013

BAJET 2014 : APA RAKYAT MALAYSIA MAHU?

Kos sara hidup berada dalam senarai teratas apa yang dimahukan rakyat Malaysia dari Kerajaan untuk diberi perhatian dalam Bajet 2014, menurut satu tinjauan pendapat di 1Malaysia.com.my.

Dalam tinjauan pendapat itu, orang ramai boleh memilih lima bidang yang mereka percaya perlu ditingkatkan daripada 16 senarai yang dikemukakan.

Mereka juga dijemput untuk mengemukakan idea-idea dan aduan.

Kategori lain yang termasuk dalam pungutan suara ini adalah perumahan dan bandar, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan luar bandar, pembangunan ekonomi, pendidikan, keselamatan awam dan rasuah, belia dan sukan, kebajikan sosial, perkhidmatan awam, alam sekitar dan pertanian, pekerjaan, cukai, perniagaan dan kewangan serta budaya dan pelancongan.

Responden menganggap budaya dan pelancongan kurang penting dalam senarai itu, dan memihak kepada pendapatan dan kos sara hidup yang mempengaruhi kehidupan sehari- hari.

Juga menduduki tempat yang rendah adalah kebajikan sosial, alam sekitar dan pertanian serta belia dan sukan.

Cadangan yang paling popular dalam kategori perumahan dan luar bandar adalah menuntut supaya harga rumah dikawal.

"Terdapat ramai orang muda terutama yang berkeluarga, layak untuk memiliki rumah mereka sendiri. Tetapi harga rumah yang sangat tinggi menghalang golongan ini," kata May Liya Shahid.

Suffian Muhili meminta mekanisme subsidi diawasi melalui MyKad.

"Untuk mengoptimumkan perbelanjaan subsidi, Kerajaan perlu mengenal pasti kuota dan meletakkan had pada setiap item bersubsidi kepada rakyat Malaysia yang berhak.

"Mekanisme ini boleh dikawal dan diawasi dengan MyKad," kata beliau.

"Sebagai contoh, setiap pemilik kereta (satu kereta setiap orang) diberikan 100 liter petrol di bawah kadar subsidi sebulan. Selebihnya perlu dibayar berdasarkan harga pasaran."

Di bawah penjagaan kesihatan, 'Tuan Badang' meminta pesakit dialisis diberikan kad diskaun oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat jika berlaku kes mereka perlu dirawat di hospital swasta.

"Ramai pesakit dialisis perlu menunggu agak lama untuk menerima rawatan dialisis di hospital kerajaan.

"Ramai yang tidak mampu untuk pergi ke pusat-pusat dialisis swasta kerana rawatan agak mahal," katanya.

Cadangan yang paling banyak mendapat 'like' ialah di bawah kategori keselamatan awam dan rasuah yang memanggil kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri memandangkan peningkatan dalam kadar jenayah kerana ia telah dimansuhkan.

"Saya telah melihat banyak jenayah yang berlaku selepas Akta ini dimansuhkan," kata Zulkifli Sa'at.

Sumber dan petikan : Mstar

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...