Pages

Wednesday, 23 October 2013

APA SUDAH JADI DENGAN REMAJA INI?

Masalah sosial dikalangan remaja bukanlah satu perkara baru malah berlarutan umpama virus yang merebak. Pelbagai ragam dan krisis moral dan akhlak dan moral terus menular dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Bohsia, hamil luar nikah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah dan berbagai-bagai penyakit sosial antara tergolong dalam lingkungan wabak ini.

Jika diperhatikan, kerajaan dan agensi-agensi tertentu seringkali dikaitkan dengan kegagalan menangani virus ini. Bak kata pepatah " mencegah lebih daripada mengubati". Malangnya, tuduhan itu hanya bertujuan melepaskan tangan akibat kegagalan masyarakat sekeliling mencegahnya. Kegagalan "parenting" dan kawalan ibu bapa terhadap anak-anak mereka tidak diambilkira dan terus menuding jari kepada orang lain.

Jangan dipersalahkan pula kepada semua remaja. Jangan diambil "pukul rata" bahawa semua remaja menghidapi wabak ini. Tidak semua remaja yang suka kepada tabiat ini dan ada remaja sudah menjadi "cemus" dan "muak" dengan kegiatan yang tidak bermoral ini.

Sebagai contoh, luahan seorang remaja yang sudah muak dengan sikap dan perangai jelik remaja itu sendiri. Teman begitu bersetuju dengan pandangan dan sindiran remaja ini yang begitu sinis beranggapan sudah tidak wujud istilah "perogol".

harus aku terima hakikat bahawa dah ramai awek kat KL ni yang dah diraba dan dicium. tak kira lah kena raba+cium dengan sesaper pun. dgn balak dia ke. dia kawan dia ke. dgn perogol ke. perogol? fcuk!!! aku tak boleh terima kehadiran perogol dalam dunia nih. kenapa nak rogol2? kenapa nak paksa2? tak payah rogol2. mintak je. kalo nasib baik, mesti dapat.hehehe. kalo tak dapat, pergi ah kat chow kit. langgan pekerja seks kat sana. pendek kata, dah ramai awek yang dah merasa nikmat diraba, dicium dan disetubuh.;). dari pandangan aku dan kawan2, seks luar nikah dah jadi perkara biasa kat malaysia ni, terutamanya kat KL. kalo tak percaya, cuba baca pendedahan kisah seks luar nikah dalam Majalah Mastika, Majalah Remaja atau pun surat kabar Metro. kadang2 baca Mastika+Remaja rasa mcm baca buku blue [lucah] pun ada jugak. jadi, personali aku tak kisah kalau beristerikan gadis yang pernah bersetubuh dengan orang lain. bukan bermaksud aku menerima gadis yang pernah bersetubuh dgn orang lain adalah kerana aku pernah bersetubuh dengan awek lain. sumpah aku tak pernah bersetubuh. jangan kata nak bersetubuh, nak bercium dan meraba pun aku takut.hehe. makanya harus aku akui bahwa aku adalah pengecut.;P

Tugas untuk membangun, memupuk dan meningkatkan mutu akhlak di kalangan remaja adalah satu tanggungjawab besar. Tanggungjawab mencegah kemungkaran menjadi kewajiban kepada umat Islam seluruhnya. Jadi, dimanakah peranan kita semua? Sekadar melihat atau sekadar menuding jari atau bersama-sama berganding bahu membimbing remaja ke arah nilai-nilai akhlak Islam dan kerohanian yang tinggi.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...