Pages

Tuesday, 29 October 2013

APA DAH JADI DENGAN UMNO BAHAGIAN PERMATANG PAUH NI?

Langkah UMNO meminda Perlembagaan empat tahun lalu bagi membolehkan lebih ramai perwakilan memilih pemimpin parti itu merupakan keputusan paling tepat dalam usaha mentransformasikan parti. Pemilihan parti baru-baru ini amat bersejarah kerana melibatkan lebih ramai perwakilan selain berjaya menarik minat masyarakat di dalam serta luar negara.

Langkah ini diharap dapat memacu UMNO sebagai sebuah parti yang progresif dan ‘up-to-date’. Dengan perubahan yang dibuat, UMNO akan tampil dengan imej yang lebih demokratik secara tidak langsung serta memberi ruang kepada rakyat untuk membuat perbandingan dengan parti-parti politik lain. UMNO sebagai sebuah parti paling ke depan dalam proses menegakkan demokrasi terbuka selain dalam masa sama menjadi model kepada parti-parti lain.

Selain daripada itu, transformasi yang dijanjikan bukanlah sekadar memberi peluang perwakilan UMNO memilih kepimpinan dalaman UMNO malah transformasi yang akan menguntungkan kepada ahli UMNO dan akar umbi. Akan ada banyak perubahan besar berlaku terhadap agenda memperkasakan ahli-ahli UMNO malah akan dapat menarik minat orang Melayu khususnya golongan anak muda menyertai parti UMNO itu sendiri.

Berita yang menarik untuk diketahui apabila kepimpinan baru UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diketuai oleh Saudara Mohd Zaidi Mohd Said atau lebih dikenali dengan "Cikgu Zaidi" yang baru dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, telah mendahului usaha untuk merealisasikan transformasi yang dicanang-canangkan oleh kepimpinan pusat. Teman yakin, transformasi ini adalah sebagai langkah permulaan dan ada lagi perubahan besar yang akan menguntungkan semua pihak samada ahli UMNO ataupun akar umbi malah boleh dijadikan model untuk kepimpinan bahagian-bahagian UMNO yang lain.

Dari sumber mengatakan UMNO Bahagian Permatang Pauh telah mewujudkan satu Pelan Transformasi. Antara kandungannya, 

1) - Ketua Wanita @ Ketua Puteri yg bersalin: Saguhati RM300.00
- Ahli Wanita @ Puteri yg bersalin : Saguhati RM200.00

2) -Ketua Pemuda @ Ketua Puteri yg berkahwin : Saguhati RM500.00
- Ahli Pemuda @ Puteri yg berkahwin : Saguhati RM300.00

3) Bantuan Tahunan kepada cawangan-cawangan: i) RM500.00= Lawatan
ii) RM500.00= Program

4) Kematian- Bantuan kilat sebanyak RM200.00

Dan ada beberapa lagi insentif untuk cawangan-cawangan yang aktif dalam menjalankan program dan penambahan ahli yang akan dimaklumkan oleh pihak pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh kepada ketua-ketua cawangan. Segala maklumat lanjut boleh dapatkan info dari pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...