Pages

Thursday, 24 October 2013

APA CITER SIS HELEN! AHLI MCA SOKONG PAS?

Teman sempat menerobos blog Sis Helen Ang. Jarang benar Sis Helen buat entry yang pendek-pendek dan membuatkan teman tertarik dengan analisis pendek Sis Helen.

Helen Ang menulis,

Kawasan DUN Sungai Limau, Kedah mempunyai sebanyak 1,827 orang pemilih Cina.

Semasa PRU13, calon BN hanya berjaya meraih 10 peratus daripada sokongan Cina.

Daripada 1,827 orang pemilih Cina berdaftar di Sungai Limau, 965 orang mereka adalah ahli MCA. Akan tetapi, BN hanya mendapat kira-kira 180 undi dalam pilihanraya yang lepas.

Bermakna kebanyakan ahli MCA telah menyokong pembangkang.

Jika keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 diteliti, majoriti kemenangan di N20 DUN Sungai Limau Arwah Ustaz Azizan Razak adalah sebanyak 2774 undi. Jika ahli MCA seramai 965 orang mengundi BN, maka akan berlaku perubahan besar kepada majoriti kemenangan PAS. 

Adakah MCA tidak mampu memastikan ahli-ahlinya mengundi BN? Jika seramai 965 orang ahli MCA di DUN Sungai Limau, pemimpin MCA gagal memimpinnya, bagaimana pula mahu memimpin keseluruhan ahli MCA seluruh negara waima keseluruhan bangsa Cina sekalipun.

Persoalan, dimanakah sumbangan dan peranan MCA sebagai komponen BN? atau pemimpin MCA masih bermimpi disiang hari dan menumpah tuah parti komponen lain khususnya UMNO. 

Adakah MCA masih relevan?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...