Pages

Sunday, 27 October 2013

ANGGOTA POLIS MAUT KETIKA KEJAR PENJENAYAH

Balu mendiang Jucille Juin

Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas motorsikal yang dinaikinya terbabas ketika mengejar seorang suspek jenayah di Jalan Bermi 2 Off Jalan Loh Hoon Joon, awal pagi tadi.

Konstabel Jucille Juin yang bertugas di Balai Polis Majidee meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail lebih kurang jam 3.55 pagi kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Dato Ismail Bin Yatim telah meluangkan masa melawat balu mendiang yang sedang mengandung di hospital tersebut.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...