Pages

Saturday, 26 October 2013

AHLI PAS BERALIH ARAH APABILA CALON PAS SEPUPU PHAHROLRAZI

Di sebalik keghairahan jentera Pas ‘menjual nama’ Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai modal utama kempen mereka. Para pengundi di Sungai Limau dikejutkan dengan pendedahan mengenai hubungan keluarga yang terjalin di antara calon parti itu Mohd Azam Abdul Samat dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Ini kerana rata-rata masyarakat Kedah khususnya di Sungai Limau mengetahui akan‘perang’ yang pernah berlaku antara Phahrolrazi dengan Azizan sebelum ini. Malah menurut sumber parti itu sendiri, Allahwarham Azizan pernah berulang kali melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Phahrolrazi yang sering menyerangnya dengan pelbagai tohmahan dan cacian.

Tambah memeranjatkan Phahrolrazi yang juga merupakan bekas Exco kerajaan negeri, sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mempertahankan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Keretakan antara Azizan dan Phahrolrazi bukanlah satu perkara baharu, ia dikatakan bermula sejak Pas mula menjadi kerajaan negeri selepas kemenangan dalam pilihan raya umum 2008. Rentetan daripada itu, Phahrolrazi pernah menolak lantikan semula jawatan Exco pada Mac dua tahun lalu. Sehinggakan memaksa Pas Pusat untuk campur tangan dengan mengemukakan beberapa langkah-langkah penyelesaian yang hakikatnya langsung tidak membawa apa-apa erti.

Antara tuntutan Phahrolrazi ialah agar diberi tanggungjawab sebagai pengarah jentera pilihan raya Pas namun ditemplak oleh allahyarham Azizan yang menegaskan, beliau akan bertindak sebagai pengarah pilihan raya parti itu.

Malah ramai yang mengatakan antara punca kegagalan Pas mempertahankan negeri yang terkenal dengan gelaran ‘jelapang padi’ itu disebabkan isu ‘tak sebulu’ dan perpecahan dalaman yang melanda parti itu.

Ini kerana, ekoran pergesaran antara mereka, telah menyebabkan ramai penyokong parti itu yang nekad untuk keluar daripada Pas, sehinggakan ada dikalangan mereka bertindak menutup bilik gerakan pada PRU-12.

Atas alasan itu, ramai berpendapat, Azizan tidak pernah memaafkan ‘dosa’ Phahrolrazi yang sentiasa menjadi ‘duri dalam daging’ sehingga ke akhir hayatnya. Disebabkan itu juga, ramai di kalangan penduduk kampung di kawasan Sungai Limau, yang rata-rata mempunyai pertalian saudara dengan Azizan tidak pernah menerima Phahrolrazi sebagai pemimpin mereka walaupun setelah ‘pemergian’ tokoh itu baru-baru ini.

Mereka bukan sahaja tidak dapat menerima Phahrolrazi, malah mendengar namanya sahaja boleh menimbulkan rasa benci. Malah tindakan jentera Pas yang menjual nama Ustaz Azizan sepanjang kempen PRK ini juga turut dikecam, kerana merasakan parti yang selama ini sering berbangga dengan pelbagai slogan Islam itu hanya pandaibersandiwara.

Patutlah ketika dimaklumkan mengenai hubungan keluarga (sepupu) antara calon Pas dengan Phahrolrazi, ramai dikalangan mereka yang mula menjauhkan diri. Malah menurut salah seorang penduduk yang ditemui di Kampung Sedaka mengatakan, disebabkan hubungan tersebut bakal menyebabkan calon Pas itu kalah teruk.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...