Pages

Saturday, 19 October 2013

ABBY ABADI SINDIR BAPA SENDIRI! APA NAK JADI ABBY NI!

Berita sedih buat Ustazah Segera PAS, Abby Abadi berkenaan kenyataan bapanya yang akan terus setia bersama UMNO. Kekecewaan dan kekesalan Abby Abadi ditweet di twitternya hingga dianggap sebagai menyindir bapa sendiri.

Tidak manis dan kurang sopan jika seorang anak menyindir bapa kandung sendiri kerana perbezaan fahaman politik. Adakah sikap kurang ajar ini di ajar oleh PAS?

Bapa kepada selebriti yang menyertai Pas, Abby Abadi adalah antara perwakilan terawal mengundi pada Pemilihan UMNO 2013 Bahagian Gombak di Dewan Centrum Mara Setiawangsa di sini hari ini.

Abdul Manan Tadin, 78, berkata, meskipun anaknya menyertai Pas tetapi kesetiaannya kepada UMNO tidak akan sesekali pudar.

Katanya, perkara itu kerana hanya UMNO adalah satu-satunya parti yang dapat membela nasib dan kelangsungan orang Melayu.

"Biarkan dia (Abby) dengan pendirian politiknya, saya tidak akan terpengaruh dan tidak mudah menerima parti lain dalam diri ini kerana saya sudah lama bersama UMNO dan akan memperjuangkannya sehingga ke akhir hayat saya.

"Walaupun terpaksa bertongkat, saya tetap datang bagi menunaikan tanggungjawab saya memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin UMNO," katanya kepada pemberita.

Bahagian Gombak menyaksikan pertarungan sengit antara penyandang, Abdul Rahim Kamarudin dan Datuk Said Anuar Said Ahmad untuk jawatan Ketua Bahagian.
Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua melibatkan pertembungan lima penjuru antara Datuk Dr. Rahman Ismail, Datuk Abu Samah Bachik, Datuk Amiruddin Mohd. Radzi, Rajiani Ab. Ahimid @ Abdul Hamid dan Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin dan manakala jawatan Naib Ketua melibatkan pertembungan tiga penjuru antara Mohd. Yusop Saidin, Dr. Othman Ab. Rahman dan Abd. Aziz Jenthan. ( Utusan)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...