Pages

Wednesday, 18 September 2013

ZAMBOANGA CITY : Lebih 100 Orang Diselamatkan Dari Tebusan MNLF (4 Gambar)

Kira-kira 150 orang diselamatkan di Bandar Zamboanga dari tangan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro dimana 30 orang diselamatkan pada malam Isnin dan kira-kira 70 orang pada pagi itu.

Dalam satu kenyataan berasingan, jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Harold Cabunoc, berkata 64 orang tebusan diselamatkan oleh pasukan operasi khas di Kampung Sta Barbara sebelum 4 pagi. Beliau berkata terdapat 39 tebusan lelaki, 21 perempuan dan empat orang kanak-kanak.

Kerajaan Sementara Bandar Zamboanga, berkata terdapat 69 dibebaskan atau melarikan diri awal hari ini. Kumpulan Pemisah MNLF didakwa menggunakan tebusan sebagai perisai manusia.

Tebusan yang dibebaskan telah diserahkan kepada polis, kata Cabunoc.


Kutipan dan olahan berita dan gambar : Inquirer News/AP/Reuters

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...