Pages

Monday, 9 September 2013

TERKINI!! TENTERA KIRAM SERANG ZAMBOANGA CITY! Malaysia Keluar Amaran Keselamatan

Malaysia mengaktifkan amaran keselamatan di sepanjang sempadan perairan negari itu dengan selatan Filipina berikutan serangan pemberontak Moro di Zamboanga City.

Amaran keselamatan di Sabah dikeluarkan untuk meneliti sebarang kemungkinan insiden yang berlaku di selatan Filipina pada pagi Isnin turut menular ke negeri ini.

Kira-kira 400 lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang Zamboanga City yang terletak kira-kira 460km dari Sandakan.

Menurut laporan terbaru, pemberontak Moro itu turut mendakwa mereka telah menawan tujuh orang penduduk kampung dan meminta kedutaan Indonesia untuk campur tangan dalam perkara tersebut.

Dilaporkan sekurang-kurangnya seorang polis Filipina maut manakala beberapa lagi cedera dan 30 orang dijadikan tebusan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad memberitahu The Star Online bahawa pasukan keselamatan telah mengambil pendekatan untuk mengkukuhkan sempadan perairan di samping memantau perkembangan serangan di Zamboanga.

"Kami telah memaklumkan pasukan keselamatan kita supaya bersedia dan Esscom juga akan bekerjasama berikutan insiden itu," katanya.

Kedudukan Sabah yang terletak berhampiran Selatan Filipina menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontak mungkin melarikan diri ke negeri itu dalam usaha mengelak daripada ditangkap pihak keselamatan Filipina.

MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari yang disisihkan daripada perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kelihatan tidak senang duduk dan mengisytiharkan kemerdekaan untuk wilayah selatan Filipina termasuk Sabah pada 13 Ogos lalu.

Sementara itu di ZAMBOANGA CITY: Seorang anggota unit peronda Tentera Laut Filipina maut manakala beberapa lagi cedera selepas bertempur dengan pemberontak Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang menaiki bot untuk memasuki selatan Zamboanga City awal pagi Isnin.

Timbalan Datuk Bandar, Cesar Iturralde berkata kira-kira 30 tebusan didakwa diculik kira-kira 100 anggota MNLF di Zamboanga City.

Menurut Iturralde, kumpulan itu menuntut supaya bendera mereka dikibarkan di Dewan Bandaraya wilayah tersebut.

Jurucakap Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, unit peronda itu bertempur dengan pemberontak yang berada di atas sebuah bot besar dan lapan bot kecil di luar Rio Hondo.

Pertempuran pada waktu subuh itu berlarutan hingga ke Rio Hondo ketika orang ramai sedang tidur dan menyebabkan puluhan penduduk di situ melarikan diri.

Lebih ramai tentera dan polis dikerahkan untuk menyelamatkan penduduk di Rio Hondo yang terletak dekat pusat bandar Zamboanga, pusat perdagangan yang sibuk di selatan negara itu.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, Ketua Supritendan Polis, Juanito Vano Jr, dia tidak dapat mengesahkan jumlah mangsa yang maut walaupun beliau telah memaklumkan empat polis cedera mengalami kecederaan.

2 comments :

  1. ketetkan kawalan dari kudat ke kunak untuk keselamatan negeri sabah,jangan sampai macam tempoh hari kita kena ceroboh oleh militan selatan filipina.diorang ni tak reti keamanan sejajat di muka bumi asyik nak perang...perang...perang.Nur misuari ni dah kena tangkap tapi diulangnya juga perbuatannya yang tak menguntungkan,kalau pun untung bangsanya saja yang untung dan tiada bangsa lain di filipina yang merasai erti kemerdekaannya..ini yang membingungkan setiap rakyat,apa hala tujunya kalau dia dapat memerintah sedangkan dia ini tiada disiplin dan puak pemisah?Macam mana negara dan orang-orangnya maju dari segi pembangunan kalau seorang ketua seorang geng pengganas dan pemberontak?kalaulah diorang MNLF ni sebuah militan yang ganas dan ada strategi yang tersembunyi,mengapa pula di babitkan kedutaan indonesia untuk campur tangan oleh pihak militan ini?kalau sendiri buat tanggunglah sendiri dan jangan babitkan mana-mana kedutaan lain,kamu yang buat onar tanggunglah sendiri.Akhirnya ada militan yang melarikan diri dari ditangkap pasukan keselamatan filipina...kenapa lari?...takut...?ha..oleh itu jangan sekali-kali buat perkara yang belum tentu dapat dan menguntungkan.Ada saya dengar militan filipina melarikan diri ke timur sabah...awas...,kamu orang jangan pergi sini lagi,negeri ini sudah kamu serang tempohari dan negeri ini juga tempat kamu berlindung...awas...jangan kamu buat begitu,negeri kami bukannya seperti serang pelacur yg mana boleh orang keluar masuk sesuka hati.Ini untuk perwira kita:semangat juang kamu kami sentiasa ingat dengan iringan doa,jangan takut hadapi musuh kekalkan kedaulatan negara kita dari ancaman musuh.INI SABAH BUKAN BANGSAMORO PUNYA.











    ReplyDelete
  2. fuck u larrr nurmisuari.... terorist!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...