Pages

ADS

Thursday, 12 September 2013

XCLUSIVE : Berita Baik Buat Bumiputera @NajibRazak

Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah dalam usaha memperkasa dan meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara Sabtu ini. Pengumuman khas berkaitan pemerkasaan bumiputera yang akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu antaranya akan menyentuh modal insan, peluang perniagaan dan juga sektor pelaburan bumiputera.

Langkah kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera melalui beberapa inisiatif yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera pada  Sabtu ini,14 September 2013 jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari. Terbuka kepada orang ramai.

Majlis ini akan diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM Shah Alam,Selangor.Forum akan menampilkan Tan Sri Dr Wan Zahid dan Prof Dato’ Dr Noor Azlan Ghazali.

Untuk rekod, 67% daripada 28 juta rakyat Malaysia adalah bumiputera. Sehingga 2011, jumlah kemiskinan bagi bumiputera semakin berkurangan daripada 64.8% pada 1970 kepada 2.2%.

Manakala pemilikan ekuiti oleh bumiputera pula meningkat kepada 23.5% 2011, berbanding 2.4% pada 1970. Kerajaan  mensasarkan pemilikan ekuiti oleh bumiputera mencapai 30% menjelang 2020.

Ayuh! Kita bersatu serta hadir dalam program ini. Tunjukkan sokongan kepada agenda Bumiputera. 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...