Pages

Monday, 16 September 2013

UGUT KETUA POLIS ! TAILONG MAN DICARI @PDRMsia ! INI MAKAN DIA

INI MAKAN DIA! Sebelum ini teman telah membuat entry yang bertajuk MELAMPAU DAN KURANG AJAR! PEMBUNUH UPAHAN PROFESIONAL UGUT KETUA POLIS MELAKA.

Hari ini, Polis negeri Melaka mahu pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Tailong Man' supaya tampil bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap pasukan itu di dalam sosial berkenaan pada Jumaat lalu.

Status ugutan di laman sosial tersebut dipercayai dikemas kini pemiliknya untuk membalas dendam setelah polis menembak mati dua ahli kongsi gelap Geng 36 di Cheng, sehari sebelum itu.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan lanjut bagi mengesan pemilik akaun laman sosial itu sedang dijalankan pihaknya.

Menurutnya, siasatan menyeluruh turut dilakukan sama ada pemilik laman sosial itu mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap berkenaan.

"Polis mahu 'Tailong Man' tampil membantu siasatan selain meminta orang ramai yang ada maklumat mengenainya agar menyalurkannya kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, pemilik akaun berkenaan mengemas kini statusnya dengan kenyataan 'KETUA POLIS MELAKA-360/// MAU HANTAM SAMA LU PUNYA ANJING-ANJING. LU JAGA SAMA LU PUNYA ANJING-ANJING KASI MAKAN CUKUP-CUKUP. WA PANCUNG SEEKOR-SEEKOR LU PUNYA ANJING! LU SUDAH KASI SIVA SAMA RAJA TIDUR, LU INGAT LU SUDAH BAGUS? (UTUSAN)

2 comments :

  1. Samseng taik minyak. Berani dengan PDRM dalam fb saja.

    ReplyDelete
  2. saMSENG KEPALA BUTUH TAILONG MAN CIBAI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...