Pages

Wednesday, 18 September 2013

TUDIA! ISU 40, OOO BANGLA MENGUNDI AKAN TERBONGKAR

Isu pengundi Bangladesh dan gangguan bekalan elektrik semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada Mei lepas adalah antara soalan yang akan dijawab oleh kerajaan pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, yang bertanggungjawab mengenai Parlimen berkata: "Pada persidangan kali ini kita akan menjawab beberapa isu termasuklah dakwaan kononnya 40,000 warga Bangladesh mengundi pada PRU-13".
Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen ke-13 bagi persidangan Dewan Rakyat akan bermula Isnin ini, dan berlangsung selama lapan hari sehingga 3 Oktober depan, katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.
Beliau berkata persidangan Dewan Negara pula dijadualkan bermula selepas persidangan Dewan Rakyat, iaitu pada 7 Oktober selama empat hari.
Shahidan berkata isu warga Bangladesh mengundi pada PRU-13 perlu dibangkitkan dalam Parlimen supaya rakyat tidak terus dibohongi.
Shahidan menambah dua notis mengenai rang undang-undang baru, yang enggan diulasnya, telah dihantar kepada semua anggota Parlimen.

 BERNAMA

1 comment :

  1. Kat tmpt aku sampai skrg pun masih ada lagi penyokong PR berckp pasal blackout. Kesian tengok penyokong2 mcm ni... menyokong membabi buta.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...