Pages

Thursday, 12 September 2013

TERKINI! TEMBAK MENEMBAK PADA HARI KEEMPAT PENGEPUNGAN ZAMBOANGA CITY

Tembakan masih kedengaran di sebuah kampung di Bandar Zamboanga menunjukkan pertikaian antara tentera kerajaan dan Kumpulan Pemisah islam dari puak Nur Misuari diterajui Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memasuki hari keempat pada hari Khamis.

Satu laporan dari Pusat Tindakan Hak Asasi Manusia Pusat Tindakan Mindanao berkata tembakan kedengaran di sekitar 5.30 pagi hari ini sepanjang Martha Drive di Kampung Sta. Catalina.

Jurucakap Angkatan Tentera Filipina (AFP) Brigadier General Domingo Tutaan berkata tentera kerajaan telah cuba untuk bergerak lebih dekat ke kawasan-kawasan yang dikuasai MNLF untuk menyekat pergerakan Kumpulan Pemisah Islam, tetapi menjadi sukar kerana kehadiran beberapa penembak tepat MNLF.

Sekurang-kurangnya 13,000 orang telah melarikan diri dari kediaman mereka apabila pertempuran berterusan.

Sementara itu, Kumpulan Pemisah Islam semalam menjadikan sejumlah penduduk di sini sebagai tebusan yang membentuk perisai manusia ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di selatan Filipina memasuki hari ketiga.

Ada di antara kalangan berpuluh-puluh tebusan terbabit mengibarkan bendera putih dan merayu supaya mereka tidak ditembak oleh tentera.

Serangan terbaru di Zamboanga diketuai oleh Leftenan Kanan Misuari, Habier Malik, dan telah menyebabkan 12 orang terbunuh dan 21 yang lain cedera.

Sumber olahan berita dan gambar : ABSCBSNews/Agensi/Solar News/AP

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...