Pages

Tuesday, 10 September 2013

TERKINI! Alhamdulillah! Dua Anggota APMM Yang Hilang Ditemui Selamat

Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang hilang di perairan Tok Bali, Kelantan sejak Sabtu lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kedua-dua anggota itu ditemui di kawasan perairan antarabangsa bersempadan dengan Thailand dan Vietnam pada pukul 6.58 pagi tadi.

"Mereka ditemui selamat di dalam sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia Sabtu lalu bersama dua tahanan nelayan Vietnam.

"Kapal KM Lingitan kita berjaya menemui mereka dengan bantuan rakan maritim lain dan ketika ditemui mereka masih mengekalkan kedudukan bersenjata serta hanya menunggu bantuan pasukan keselamatan Malaysia kerana bimbang ancaman musuh," katanya dalam sidang akhbar Operasi Carilamat Dua Anggota Maritim Malaysia yang Hilang di Perairan Tok Bali di sini hari ini.

Utusan

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...