Pages

Thursday, 19 September 2013

TAU TAKUT! TAILONG MAN SRAH DIRI

Seorang pemandu lori menyerah diri di Balai Polis Batu Berendam di sini, semalam bagi membantu siasatan kes ugutan bunuh terhadap polis Melaka oleh pemilik laman sosial dikenali ‘Tailong Man’.
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata lelaki berusia 26 tahun dari Bentong, Pahang itu menyerah diri pada 6 petang dan direman selama empat hari bermula Khamis.
“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan menafikan mengeluar ugutan dan mendakwa gambarnya digunakan pemilik akaun Facebook terbabit untuk mengugut polis Melaka,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di sini, Khamis.
Beliau berkata, lelaki berkenaan juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Manchis, Bentong Ahad lepas dan mendakwa gambar itu telah disalahguna pemilik akaun Facebook terbabit.
Akaun Facebook terbabit diwujudkan pada 12 Sept untuk melahirkan rasa tidak puas hati dengan kejayaan polis menumpaskan dua anggota kongsi gelap Geng 36 yang mati selepas berbalas tembak dengan polis di persimpangan Lebuhraya SPA-AMJ di sini, pada hari itu.
Tailong Man mengugut Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, pegawai serta anggota polis negeri itu kerana menembak rakan perniagaannya yang dipercayai turut terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah sebelum akaun itu didapati tidak aktif sehari selepas kejadian.

Petikan berita Bernama

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...