Pages

Monday, 23 September 2013

SYABAS POLIS DIRAJA MALAYSIA @PDRMsia

Kes jenayah yang melibatkan penggunaan senjata api di negara mencatatkan penurunan sehingga 90 peratus sejak Ops Cantas Khas dilancarkan, menurut polis.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, terdapat pengurangan kes jenayah secara keseluruhan sejak operasi berkenaan dilancarkan, 17 Ogos lalu.
"Sejak 36 hari (daripada 17 Ogos hingga 22 September), kes jenayah berat telah mencatatkan penurunan daripada 12.48%, dengan kes bunuh turut mencatatkan penurunan sebanyak 33.78%, kes rompakan bersenjata secara berkumpulan turun sebanyak 23.58% dan rompakan pula turun sebanyak 26 peratus jika dibandingkan daripada jumlah hari yang sama pada 12 Julai dan 16 Ogos.
"Secara keseluruhan sebanyak 23 senjata api, 14 senapang buatan sendiri, 1,238 butir peluru, sebutir bom buatan tangan dan 445 kereta curi ditemui semula sejak 17 Ogos hingga 22 September.
"Kami juga menahan 10,695 orang atas pelbagai kesalahan, termasuk peras ugut, rompakan bersenjata, kereta curi serta mereka yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap," katanya sambil menambah, bahawa setakat ini pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas 267,496 orang dan 168,556 kenderaan.
SAC Abdul Jalil berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 198 kereta dan 215 motosikal yang dicuri ditemui semula.
"Empat pistol palsu, 27 pedang, 105 parang dan 116 pisau serta 29 tukul besi turut dirampas," katanya.
He said that on Saturday alone, police checked 16,951 people and 7,872 vehicles, resulting in the arrest of 407 people.
“We seized a home-made air rifle and five bullets from one suspect.
“Eight stolen motorcycles and three stolen cars were also recovered on Saturday,” he added.
Opd Cantas dilancarkan ekoran peningkatan kes tembak di negara ini, mereka yang terlibat dipercayai menggangotai kumpulan kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti haram seperti pengedaran dadah dan peras ugut.
Fasa 1, operasi berkenaan menyasarkan untuk mengesan dan merampas senjata terutamanya senjata daripada ahli kumpulan kongsi gelap.
Fasa 2, yang sedang berlangsung melibatkan usaha untuk mengesan ahli 49 kumpulan kongsi gelap yang telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.
Sementara Fasa 3, pula polis akan mengesan ketua kumpulan kongsi gelap berkenaan serta merampas aset mereka.
Fasa ini dijangka bermula tidak lama lagi.
Abdul Jalil turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan kongsi gelap berkenaan segera menghubungi pihak polis di talian 03-2266 3333 atau 03-2031 9999 atau melaporkan maklumat tersebut kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Mstar

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...