Pages

Monday, 16 September 2013

Sudah Tiba Masanya Kaum Bumiputera Kuasai Ekonomi

PADA penulis, tidak ada apa yang perlu digentarkan bila ada pemimpin DAP mengkritik pelan kerajaan BN untuk memperkasakan ekonomi bumiputera seperti yang dibentangkan Perdana Menteri semalam.

Itu adalah bukti pelan berkenaan memang menyentuh sudut paling sensitif dalam sanubari mereka yang juga sebuah parti perkauman Cina.  India dan Melayu yang ada dalam parti itu hanyalah pelaris konon-konon DAP ini parti multi racial, hakikatnya kita pun tahu dia parti apa dan perjuangkan untuk siapa.

Lebih banyak mereka bercakap, lebih banyak peluru untuk kita menyerang mereka semula.  Sebab, DAP sekarang sedang cuba menjenamakan orang Melayu di negara ini sebagai kaum pendatang - sama macam kaum yang penuh dalam parti itu juga.

Cuma masalahnya, bagaimana kalau betul Melayu pendatang, perlembagaan negara ini memberi hak istimewa kepada Melayu dan agama majoriti orang Melayu iaitu Islam diangkat sebagai agama persekutuan?

Tang itu yang pemimpin DAP terketar-ketar sikit nak jawab, sebab sudah sah mereka salah – Melayu bukan pendatang.

Sekarang, bila kerajaan BN mengumumkan pelan untuk memperkasakan ekonomi Melayu/Bumiputera, lagilah banyak soalan yang ditanyakan orang kepada DAP, bagaimana DAP kata Melayu dan yang lain-lain sama-sama pendatang, tapi kerajaan boleh sediakan program khusus untuk perkasakan ekonomi mereka?

Tambah pening kepala DAP bila BN mengumumkan akan memperkasakan kuasa pembekalan dikalangan bumiputera - sektor yang dikuasai penyokong DAP tanpa cabaran sekarang.  Modal, tidak jadi masalah, kerajaan BN dibawah inisiatif ini akan beri kepada bumiputera yang berminat.

Lagilah DAP terketar-ketar nak berhadapan dengan para Ah Beng yang sudah mula rasa terancam.

Tidak hairanlah kenapa parti-parti pembangkang yang majoriti dikuasai orang Melayu seperti PKR dan PAS, tidak langsung berbunyi tentang pembentangan oleh Perdana Menteri semalam.

Selain tahu mereka akan turut dapat nikmat (walaupun serdak-serdak), tapi ada sumber yang menyampaikan kepada penulis, PKR dan PAS begitu terkejut apabila mendapat tahu jumlah kaum Melayu/bumiputera di negara ini adalah hampir 70%.

Padanlah UMNO masih relevan, rupanya UMNO memperjuangkan hak yang lebih ramai, jauh lebih ramai.  Macam mana nak cari makan kalau lawan?  Kerja sia-sia sajalah.

Lihat yang lain tidak mahu membantu, terpaksalah DAP menyalak sorang-sorang untuk menyakinkan majoriti pengundi parti tersebut yang semakin hilang semangat melihat BN sewenang-wenang memperkasakan kaum yang memberi kemenangan kepada mereka dalam PRU13 yang lepas.

Justeru, tidak ada sebab kita nak bimbang.  DAP hanyalah ibarat anjing besar yang nampak garang tapi tidak ada gigi nak mengigit atau kuku nak mencakar – itulah standard mereka sekarang pun.

2 comments :

  1. Agenda utk memperkasakan sosioekonomi bangsa Melayu tak boleh ditarikbalik.Wajib diteruskan wpun ditentang,dihalang,disabotaj,dihina sbg.Kerajaan BN saja yg kita boleh harapkan dlm menjamin masa depan bangsa Melayu terus maju.PM kita berani menyambung agenda Melayu yg dipelopori pemimpin2 Melayu sebelum ini.

    Jgn kita hanya melihat "kecacatan dan kelemahan" dlm pelaksanaan DEB yg lalu.Dah tahu kelemahan maka setiap agensi dan pemimpin Melayu wajib mengatasinya dan mencari kaedah,formula yg lebih baik.Peduli apa pembangkang atau individu nak kata.Ayuh teruskan program memperkasakan Melayu.

    Syabas kpd PM dan pejuang2 Melayu.

    ReplyDelete
  2. Syabas pm. Ayuh melayu kita terokai ilmu dan perkasakan ekonomi kita dlm semua bidang. Ambil alih perniagaan teras dan seterusnya menjadi teraju dibumi sendiri. Insaflah dan bangun lah melayu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...