Pages

Sunday, 15 September 2013

HANGAT! TONY PUA KURANG AJAR DENGAN MELAYU

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru saja umumkan semalam berhubung gesaan beliau pada seluruh GLC dan syarikat swasta milik bumiputera supaya lebih banyak mengiklan di akhbar-akhbar milik Kumpulan Utusan.

Secara mudah, budak kecil di sekolah pun tahu menilai bahawa gesaan Perdana Menteri itu adalah bertujuan untuk memperkasakan ekonomi dan memantapkan lagi jaringan perniagaan di kalangan bumiputera, khususnya bangsa Melayu.

Tapi mungkin kerana telah dianugerahkan Allah dengan sifat rasis dan berhati busuk, pemimpin DAP seperti Tony Pua tidak berfikir panjang untuk mempertikai permintaan dari Presiden parti terbesar umat Islam berbangsa Melayu itu.

Kata Tony, gesaan Najib tersebut “merupakan panggilan terdesak untuk menyelamatkan perkauman dan jurucakap ekstremis”!

Saksikan sendiri betapa dangkalnya otak seorang pemimpin cina DAP yang seboleh-bolehnya mahu bersikap perkauman di dalam sebarang isu. Kalau boleh semua perkara dia mahu politikkan walaupun dia dan kaumnya tiada kena mengena dalam isu tersebut.

Saya ingin bertanya, Najib baru saja menyampaikan ucapan di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu di Shah Alam. Kemudian, beliau berucap pula di Majlis Perasmian Bangunan Baru Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin.

Ini bermakna Najib meluangkan masa sehari suntuk untuk masyarakat Melayu yang majoritinya memberikan undi pada BN pada PRU ke-13 yang lalu. Kalau dilihat pada nama majlis, kedua-duanya majlis yang berasaskan “bangsa Melayu”.

Dalam ertikata lain, Perdana Menteri memperkatakan tentang kepentingan Melayu di kedua-dua majlis, bukan? Tidak pula disebut tentang kaum lain atau disentuh tentang perkara yang menyentuh sensetiviti kaum lain, bukan?

Jadi apa masalah yang timbul dalam otak Tony Pua jika Najib mahu lihat Utusan Melayu lebih perkasa dan kukuh kedudukan ekonominya? Salahkah kemahuan Najib mahu melihat Utusan lebih maju ke hadapan?

Pada saya, gesaan itu normal. Apatah lagi ia sangat normal diucapkan oleh seorang Presiden UMNO yang menghargai budi bangsa Melayu yang percaya pada “good governance” kerajaan pimpinannya. Tidak seperti kaum Cina, di depan puji sokong melangit, tapi undi diberi pada pembangkang!

Saya yakin, di dalam dewan-dewan perniagaan atau persatuan Cina pun tokoh-tokoh dari kaum Tiong Hua itu menggesa agar “tauke-tauke” syarikat-syarikat besar membantu antara satu sama lain, termasuklah akhbar-akhbar Cina yang lain.

Bila disebut “membantu” akhbar, maka salah satu sumbangan yang boleh dibuat ialah melalui bidang pengiklanan. Jadi tidak hairanlah kalau kita menyelak akhbar Cina maka kita akan dapat melihat iklan-iklan dari syarikat milik kaum Tiong Hua bersepah di dalamnya, bukan?

Maka samalah keadaannya dengan akhbar Melayu. Salahlah GLC dan syarikat Melayu memperbanyak dan mengkayakan Utusan Melayu? Padahal Utusan Melayu sejak dari zaman merdeka lagi begitu konsisten mempertahankan hak dan kepentingan Melayu, bukan?

Bila Utusan Melayu punya perkataan “Melayu” pada namanya, maka sudah tentu akhbar itu jelas berasaskan kaum. Tapi Utusan tidak pula bersikap rasis, menidakkan atau menafikan hak kaum lain sebagaimana Roketkini atau Keadilandaily, bukan?

Utusan hanya bertindak sebagai saluran media jati diri Melayu yang adil dan beretika. Berbanding dengan surat khabar murahan terbitan pro-pembangkang yang menerbitkan propaganda berbaur fitnah dan sering menafikan hak Melayu, Utusan jauh lebih berkreadibiliti dan relevan.

Justeru itu, tidak wajarlah Tony Pua bersikap rasis dalam komennya terhadap gesaan Najib berkenaan kepentingan Utusan. Dia yang rasis dan ekstrim, tapi dituduhnya Presiden UMNO yang bersikap demikian. Tidak adillah begitu. Itu “poyo” namanya…

mykmu.net

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...