Pages

Thursday, 12 September 2013

PANAS! Sabotaj Logo PDRM dan Agen DAP di Bahagian Berita Mandarin RTM

Ralat dan permohonan maaf telah dibuat bagi memulihkan reputasi dan imej Radio Televisyen Malaysia (RTM). RTM juga telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM tempohari. Teman ucapkan syabas!

Namun setelah teman selidiki, masih ada isu yang tertangguh di Badan Penyiaran Kerajaan ini iaitu isu Bahagian Berita Mandarin. Menurut sumber, Bahagian Berita Mandarin didakwa telah gagal mengikut tugasan yang diarahkan tertentu semasa Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Terdapat dakwaan bahawa ada individu di Bahagian Berita Mandarin tidak mengikuti tugasan diberikan di Johor sebaliknya telah membantu kempen DAP dan Lim Kit Siang serta adik perempuannya yang juga bertanding kerusi DUN atas tiket DAP di Johor. Kedua-duanya telah menang di kerusi masing-masing.


Jika benar dakwaan tersebut, sewajarnya RTM harus menyiasat perkara ini dengan lebih teliti. Bukan setakat menyiasat dan mengambil tindakan di atas kesilapan logo PDRM semata-mata, namun perkara-perkara lain yang telah merosakkan badan penyiaran kerajaan ini dari dalam. Individu-individu yang terlibat harus diambil tindakan bagi mengembalikan semula reputasi RTM.

3 comments :

  1. Da jangka, mmg sengaja..

    ReplyDelete
  2. lps ni ade la macai kata ni provokasi bn.. pui pr!!! mmbr aku sndri bdk pr kje dlm rtm bhg event.. lalalala

    ReplyDelete
  3. rtm, semua stesyen tv, sila buat pemutihan segera @ ops cantas sebelum benih2 ini terus bercambah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...