Pages

Monday, 16 September 2013

HOT NEWS! SEMUA PINTU MASUK MALAYSIA DIKAWAL RAPI MENGHALANG MAYAT CHIN PENG!

Polis akan memantau semua pintu masuk ke Malaysia untuk memastikan bahawa mayat Chin Peng tidak memasuki negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, melalui akaun Twitter @KBAB51 berkata, "Semua pintu masuk ke Malaysia dipantau dan anggota akan bersiap siaga untuk menghalang mayat Chin Peng daripada memasuki negara."

Sebelum itu, Khalid berkata, Chin Peng tidak pernah menjadi warganegara Malaysia dan tidak ada sebab untuk jenazahnya dibawa balik.

"Dia tidak pernah mengambil kewarganegaraan apabila beliau menyertai PKM (Parti Komunis Malaya). Saya rasa dia gembira untuk dikebumikan di mana beliau lebih banyak menghabiskan masa hidupnya ...,", tambah beliau ditweetnya.

Sementara itu menurut berita Utusan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak akan terlibat dalam sebarang urusan pengkebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang meninggal dunia pagi ini di Bangkok, Thailand.

Selain itu, katanya, kerajaan juga sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat pengganas yang banyak melakukan kekejaman terhadap rakyat dan negara itu dibawa pulang ke negara ini walaupun diminta oleh ahli keluarga mendiang itu.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...