Pages

Sunday, 15 September 2013

WAJIB BACA! Perubahan Di Malaysia Dari Kaca Mata Lee Kuan Yew

Komen oleh Wong Chun Wai:-

Landskap demografi politik sudah berubah dan akan terus menjadi lebih drastik dalam tahun-tahun mendatang:-

SAYA baru habis membaca buku One Man’s View of the World’ nukilan Lee Kuan Yew (LKY), iaitu koleksi berdasarkan analisanya terhadap pelbagai subjek di serata dunia.

Tidak dapat dinafikan bekas Perdana Menteri Singapura itu seorang yang intelek. Pemahaman dan pemikirannya masih lagi tajam. Beliau menggunakan bahasa mudah untuk berkongsi fikiran berkaitan sesuatu subjek yang mungkin menjadi kurang menarik jika dipersembahkan oleh diplomat dan ahli akademik.

Kebiasaannya, seperti warganegara Malaysia yang lain, saya mula membaca bab mengenai negara ini yang mana sebahagiannya dibuat dalam format soal dan jawab.

Ada satu para yang paling menonjol, iaitu mengenai pengalamannya menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri Singapura ketika ia masih lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Apa yang ditulisnya relevan sehingga hari ini dan ada sesuatu untuk kita semua, terutamanya bagi generasi muda untuk berfikir atau merenung sejenak berkaitan masa depan negara yang hangat diperdebatkan berikutan keputusan pilihan raya umum baru-baru ini.

Antara 1963 hingga 1965, sebagai Perdana Menteri Singapura, Lew Kuan Yew menulis bahawa beliau perlu menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja di Malaysia.

“Pemerintah yakni Raja-raja semuanya adalah Melayu, memakai uniform dan ditemani oleh pembawa pedang. Semua ketua menteri memakai pakaian Melayu tradisional dan saya satu-satunya yang terkecuali.

“Ini bukan sekadar simbol. Ia menunjukkan satu pernyataan: Ini adalah sebuah negara Melayu. Jangan anda lupakan itu.”

Tetapi memorinya lupa sesuatu. Beliau bukan satu-satunya pemimpin bukan Melayu yang hadir. Ketua Menteri Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah juga bukan berbangsa Melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang ialah Wong Pow Nee yang mewakili MCA, iaitu ketua menteri pertama apabila negara ini ditubuhkan pada 1957 dan berkhidmat sehingga 1969 apabila negeri itu jatuh ke tangan parti pembangkang, Gerakan.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah Stephen Kalong Ningkan, yang berkhidmat dari 1963 hingga 1964. Ketua Menteri Sabah yang pertama ialah Donald Stephens, juga berkhidmat dari 1963 hingga 1964 dan kemudiannya digantikan oleh Peter Lo Sui Yin. Stephens menubuhkan United Sabah National Organisation manakala Lo pula menubuhkan Sabah Chinese Association. Jadi, dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Lee itu, beliau bukanlah satu-satunya pemimpin bukan Melayu yang hadir.

Tahun 2013 atau hari ini, satu-satunya bukan Melayu dan bukan Islam yang menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Wakil Cina dalam kerajaan Persekutuan, dengan pengecualian terhadap mereka yang dilantik berdasarkan jawatan bukan ahli politik telah dikurangkan kepada tiada.

Pada PRU-13, UMNO mempamerkan prestasi lebih baik dengan memenangi 88 kerusi manakala parti komponen lain yang mewakili kaum Cina – MCA, Gerakan dan SUPP mengalami kekalahan di luar dugaan.

Realitinya ialah majoriti kaum Cina enggan mengundi Barisan Nasional yang mana analisis akhir menunjukkan hanya 16 peratus daripada mereka mengundi dan berpihak kepada BN. Undi Cina tidak pernah kekal, dan mereka ini dikenali telah beralih sokongan pada pilihanraya-pilihanraya tertentu sebelum ini.

Tetapi, penolakan kuat terhadap Barisan adalah disebabkan mereka dijanjikan dengan kepercayaan bahawa kaum Cina dapat membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan yang baru jika mereka mengundi pembangkang.

Malah ramai pulang dari luar negara dan berharap untuk menjadi sebahagian daripada peristiwa bersejarah itu. Mereka mahu menghukum UMNO tetapi akhirnya, parti berasaskan kaum Cina yang menerima akibatnya.

Tidak ramai yang bersedia untuk menerima realiti bahawa hanya ada 45 kerusi majoriti Cina daripada 222 kerusi Parlimen dan jika setiap pengundi Cina mengundi pembangkang, tidak mungkin Barisan boleh ditewaskan, kecuali kaum Melayu membuat keputusan menolak atau tidak menyokong parti tersebut.

Segala perbahasan berkaitan sistem pilihan raya, proses persempadanan semula, tsunami Cina atau urban tsunami dan kelebihan sokongan luar bandar lebih bersifat akademik jika dibandingkan dengan realiti politik sebenar.

Bulan lalu, laman berita portal, The Malaysian Insider melaporkan Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre menyebut kajian menunjukkan majoriti pengundi Melayu yang kali pertama membuang undi dan pengundi muda telah memberi sokongan mereka kepada Barisan, menunjukkan pembangkang tidak dapat menyakinkan golongan muda Melayu bahawa masa depan mereka terjamin dengan menyokong PAS, PKR dan DAP.

Berdasarkan kepada profil populasi, kaum Melayu akan membentuk pengundi baru dalam pilihan raya akan datang berbanding hampir 2/3 atau 64.17 peratus pengundi baru yang didaftarkan tahun ini. Dalam analisa berdasarkan corak mengundi bagi pengundi kali pertama dan pengundi muda, Merdeka Centre yang juga menjalankan kajian terhadap PRU-13 mendapati berdasarkan kepada kertas undi yang digunakan pada hari pengundian, ada lagi 2.7 pengundi dan pendaftaran pengundi baru ini dikesan di kawasan kerusi bercampur dan bandar

Ia mengumpulkan pengundi kepada lima saluran mengundi yang setiap satunya mewakili kumpulan umur. Daripada lima saluran atau kumpulan umur itu, kumpulan paling muda berumur bawah 30 tahun adalah 64.17 peratus Melayu. Peratus keluar mengundi bagi semua kaum dalam kumpulan ini untuk kali pertama dan pengundi muda ialah 83.22 peratus. Daripada jumlah itu, hanya separuh atau 52.96 peratus mengundi Pakatan.

Suffian memberi nasihat kepada Pakatan agar mereka terus memperkukuhkan perjuangan dalam hak Melayu dan bersama-sama mewujudkan pelan yang memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan dan kekayaan. Pakatan, terutamanya PKR harus berjuang untuk hak dan kedudukan Melayu jika mahu meraih sokongan dan undi kaum itu. Dalam kata lain, mereka perlu bersaing dengan UMNO.

Ulama PAS yang kini dalam persiapan menghadapi pemilihan parti sudah pun memberi arahan kepada ahli perwakilan untuk menolak kem Anwarinas yakni pemimpin PAS yang dikatakan bersekutu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipersalahkan atas kekalahan parti di Kedah dan banyak kerusi lain.

Bagi seorang penganalisa bijak seperti LKY, beliau tidak akan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum yang lalu.

Wujud kebencian di Putrajaya, sehingga hari ini apabila pengundi Cina menolak Barisan.

Sebaliknya, kaum Cina kebanyakannya di kawasan bandar melihat keputusan dan tindakan mereka itu sebagai meluahkan rasa kecewa atas banyak ketidakadilan berkaitan peluang mendapatkan biasiswa, kemasukan ke universiti juga kontrak kerajaan.

Kaum Cina juga merasakan Malaysia menjadi negara yang lebih Islam dan dalam situasi bahaya kehilangan identiti Melayu yang sederhana. Politik wang dan rasuah yang muncul dan semakin kukuh juga menyebabkan wujudnya rasa kebencian itu.

Sebaliknya, dari segi hak Melayu pula, banyak kompromi telah dilaksanakan bermula dari penubuhan negara ini, malah nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia, peruntukan kewarganegaraan dan jaminan penggunaan bahasa Cina sebagai medium arahan di sekolah menjadikan Malaysia salah sebuah negara selain China dan Taiwan yang juga berbuat demikian.

Seperti mana yang ingin kita lihat mengenai masa depan Malaysia, realitinya kaum akan terus menjadi faktor dengan populasi Melayu berkembang manakala populasi Cina terus menurun.

Pada 2011, bancian mendedahkan populasi Malaysia berkembang dua kali ganda iaitu dari 13.7 juta pada 1980 kepada 28.3 juta pada 2010.

Kaum Bumiputera berjumlah 17.5 juta atau 67.4 peratus daripada populasi itu, manakala Cina mewakili 24.6 peratus dengan 6.4 juta; India pula 7.3 peratus atau 1.9 juta manakala yang lain-lain membentuk 0.7 peratus atau 200,000 penduduk.

Rakyat asing merekodkan 8.2 peratus atau mewakili 2.3 juta penduduk, lebih ramai daripada kaum India.

Berdasarkan kepada trend semasa, unjuran mendapati populasi bukan Melayu akan terus menurun dengan ada yang mengatakan menjelang 2050, sekurang-kurangnya ada 80 peratus Bumiputera di Malaysia dan hanya 15 peratus Cina dan kira-kira 5 peratus India.

Malah, LKY dalam tulisannya meramalkan “akhirnya” kaum Cina dan India memberi kesan kecil di pusat mengundi. Apabila tiba hari itu, dengan tiada undi untuk tawar menawar, pengundi Cina dan India tidak boleh berharap untuk menjadi masyarakat yang adil dan sama rata,”

Seperti kebiasannya, pasti ada pihak yang tidak bersetuju dengan penilaian ini kerana mereka merasakan kaum tidak boleh menjadi satu-satunya kriteria dalam pilihan raya kerana Malaysia mengamalkan demokrasi.

Mereka akan menyatakan Melayu bandar yang mengundi pembangkang berdasarkan kepada kemenangan pemimpin PKR di kawasan bandar di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Mereka percaya parti yang berasaskan kaum akan berakhir untuk memberi ruang untuk parti yang berbilang kaum.

Tetapi, masih sukar untuk ahli politik keluar atau lari daripada memperjuangkan kepentingan kaum utama di negara ini. Ia juga sama seperti di negara lain.

Dalam buku ini, LKY bertanya jika Malaysia menjadi sebuah negara bangsa sama, adakah kemungkinan keistimewaan Melayu akan dilepaskan, di mana beliau menjawab: “Anda percaya majoriti akan sokong pemimpin yang mahu melepaskan keistimewaan mereka?”

Dan mengenai Pakatan? LKY berkata, “bagaimanapun, apabila bercakap mengenai masalah, PR tidak akan mampu berbuat apa-apa dengan ketuanan Melayu dan di saat pembohongan dibuat dan memiliki kuasa penuh untuk bergerak ke depan, ia akan berpecah dari dalam atau lumpuh dengan kebimbangan”.

“Sebarang parti yang mengambil alih UMNO dan menjadi parti utama mewakili kepentingan Melayu tidak akan jauh berbeza daripada UMNO.”

LKY tidak boleh dipersalahkan di atas pragmatiknya, meskipun seseorang itu tidak bersetuju dengan politiknya.

Landskap demografi politik sudah berubah secara dramatik dan akan lebih drastik pada tahun-tahun mendatang.

Bagi masyarakat Cina, mereka seharusnya belajar menjadi lebih strategik dan realistik dalam menilai peranan komuniti di negara ini, seperti yang diperhatikan oleh LKY.

Terjemahan Perak Today Dari THE STAR via APA

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...