Pages

Tuesday, 10 September 2013

PERKEMBANGAN DI ZAMBOANGA CITY! 170 Orang Didakwa Dijadikan Tebusan (5 GAMBAR)

Pemberontakan tentera Moro di Zamboanga City telah memasuki hari kedua, dan dilaporkan berpuluh-puluh orang awam yang terperangkap atau ditahan oleh pemberontak.

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam keganasan pada Isnin lalu di bandar Zamboanga di Mindanao di selatan Filipina.

Pertempuran bermula apabila Kumpulan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menyerang bandar tersebut pada awal hari Isnin.

Tembakan masih kedengaran di Zamboanga awal hari ini , dan laporan berkata ramai penduduk telah melarikan diri kawasan dilanda pertempuran. Laporan dipetik daripada pegawai tentera, cubaan anggota MNLF untuk menaikkan bendera mereka di Dewan Bandar Zamboaga dikatakan gagal.

Terdapat laporan yang bercanggah mengenai berapa ramai orang yang samada terperangkap atau ditahan oleh pemberontak.


Credit : Kutipan berita dan gambar dari BBC/AFP/Reuters

1 comment :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...