Pages

Monday, 16 September 2013

Peragut maut motosikal langgar tembok

Seorang peragut maut selepas dia dan rakannya meragut beg tangan seorang wanita di kawasan tempat letak kereta di Flat Taman Megah, Cheras.

Suspek meninggal selepas dibawa ke Hospital Kajang sementara rakannya berjaya melarikan diri bersama kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi apabila mereka yang menunggang motosikal meragut seorang wanita berumur 32 yang baharu pulang dari kerja.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek dengan keretanya sejauh kira-kira 100 meter sehingga tiba di sebuah persimpangan lampu isyarat di Taman Cheras Perdana.

"Pada masa yang sama pembonceng motosikal itu bertindak membaling topi keledarnya ke arah mangsa membuatkan motosikal yang ditunggang rakannya hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan.

"Kedua-dua suspek yang berusia 30-an itu terjatuh dari motosikal mereka dan turut mengakibatkan tangan pemboncengnya tersepit pada tayar kereta mangsa.

"Tangannya berjaya dikeluarkan oleh mangsa dengan bantuan orang ramai. Namun kesempatan ini digunakan pula si pembonceng tadi untuk melarikan kereta mangsa yang enjinnya masih hidup serta meninggalkan rakannya serta beg tangan mangsa di situ,” katanya ketika dihubungi.

Ab Rashid berkata, penunggang motosikal itu yang cedera dibawa ke Hospital Kajang tetapi meninggal di hospital.

Beliau berkata, suspek yang mati mempunyai tiga rekod jenayah sementara suspek yang melarikan diri itu sedang diburu.

Bernama

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...