Pages

Monday, 16 September 2013

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: Belajarlah Dari Kejatuhan Morsi di Mesir!

Undi Melayu dan Bumiputera adalah penentu kemenangan BN pada PRU yang lepas. Itu tidak boleh disangkal, dan telah dimengertikan oleh semua rakyat Malaysia.

Selepas 100 hari menang PRU13, ramai di kalangan orang Melayu dan Bumiputera ternanti-nanti tentang apakah langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan kesetiaan mereka terbalas.

Dengan fakta bahawasanya Perdana Menteri dipermainkan dengan slogan “We Love PM” sewaktu majlis makan besar yang menelan belanja puluhan ribu ringgit setiap satunya, rasa tertipu PM turut sama dikongsi oleh kebanyakkan orang Melayu. Itu pun hanya kepada Melayu yang mahu berfikir, bukan yang malu mengaku sebagai Melayu.

Hasil kesedaran inilah, wujud satu gelombang secara tidak semena-mena; pemboikotan barangan buatan bukan Melayu secara besar-besaran sehingga memaksa beberapa “taikun” dan pemimpin mereka menyuarakan kebimbangan tentang ekonomi; sesuatu yang baru, berbanding beberapa siri pemboikotan  yang berterusan oleh golongan mereka sendiri terhadap barangan buatan Melayu, yang didiamkan oleh “taikun” dan “pemimpin” berkenaan atas kepentingan sendiri.

Apa yang cuba ditunjukkan oleh pengundi setia BN ini ialah mereka mula berfikir sebagai satu, dan kesamaan ini telah menimbulkan kekuatan. Bertindak sendiri, dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan yang mewakili semua kaum di Malaysia. Itu tanda positif, satu ikhtiar dan keluar dari bayang-bayang kebertanggungjawaban terhadap pemerintah semata dalam menjayakan agenda agama, bangsa dan negara.

Atas lonjakan semangat kemelayuan inilah, timbul pula cerita-cerita kurang enak, kononnya Perdana Menteri lebih mengutamakan kaum lain, yang terbukti tidak lagi mahu bersama dengan BN. Di tambah pula dengan “blueprint” HINDRAF yang dipersetujui, maka suara hero Melayu berkumandang di setiap genap pelusuk, samada secara langsung, atau seperti yang terpapar di media elektronik, mahu pun media sosial.

Soalan penulis, apabila Perdana Menteri Malaysia, yang merupakan perdana menteri kepada semua kaum, menyediakan peruntukan kepada kaum bukan Melayu, dianggap melebihkan kaum tersebut?

Tidakkah boleh, seorang Perdana Menteri, untuk berlaku adil kepada sesuatu kaum, yang merupakan penduduk Malaysia yang sah?

Teruk juga PM dikritik oleh sebahagian besar penyokong sendiri, lantaran dek tidak sabar menunggu apakah pelan selanjutnya untuk orang Melayu. Penulis tidak kisah kepada kritikan yang dilontarkan, asalkan membina. Cuma kadang-kadang ada yang sangat keterlaluan dan berlebihan, sehingga seolah-olah Najib Razak berasal-usulkan pendatang yang datang dengan tongkang untuk membijih timah!

Bersabarlah… ambil ikhtibar dari kejatuhan Morsi di Mesir gara-gara tidak sabar untuk menunjukkan bahawa beliau pro Islam, dengan membuka pintu Rafah dengan segera setelah diangkat sebagai Perdana Menteri. Akhirnya, pihak zionis Israel dan Amerika sakit mata dan hati, lantas terjadilah apa yang kita semua lihat pada hari ini. Itu belum dikira kegagalannya menyelesaikan masalah utama; bekalan makanan kepada rakyat Mesir, yg mengakibatkan ramai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan berpihak kepada tentera.

Jgn pula artikel ini disalahertikan. Penulis tetapi menyokong Mursi. Apa yang penulis cuba sampaikan ialah, setiap tindakan perlu ada pelan yang komprehensif, mengambil kira semua aspek, sebelum diputuskan. 100 hari lebih diperlukan oleh Perdana Menteri untuk menimbangtara, segala kemungkinan, keupayaan serta kestabilan. Pada akhirannya, disimpulkan dalam satu majlis pagi tadi.

Itulah perkara yang seharusnya cuba difahami oleh orang Melayu dan Bumiputera. Dan dengan pengumuman pelan pemerkasaan ekonomi bumiputera, menunjukkan bahawa Perdana Menteri tahu dan sedar, siapa yang menjulangnya sebagai Perdana Menteri selepas PRU13.

mykmu.net

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...