Pages

Monday, 9 September 2013

PANAS! Calon Naib Presiden UMNO Kalah Sebelum Bertanding!

Perhimpunan Agung UMNO 2013 semakin hampir. Beberapa pemimpin sudah mengumumkan akan bertanding samada mempertahankan atau menawar diri untuk kerusi-kerusi Majlis Tertinggi. Namun kedudukan kerusi Naib Presiden UMNO menjadi perhatian dimana beberapa nama besar akan bertanding. 

Beberapa blog dan portal sedang menjalankan undian atas talian untuk melihat sejauhmana kekuatan calon-calon. Blog dan portal yang menjadi rujukan teman ialah Astro Awani dan syedoutsidethebox.blogspot.com.

Kiri : Undian Astro Awani, Kanan : Undian syedoutsidethebox
Paling mengejutkan apabila nama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendahului calon-calon lain walaupun beliau sendiri belum mengumumkan untuk bertanding apa-apa kerusi di Perhimpunan Agung UMNO 2013 nanti.  Hasil undian tersebut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat undi paling tinggi bagi jawatan Naib Presiden Umno hasil undian yang telah dibuat setakat ini.

Beberapa nama besar mendapat undian tercorot. Walaupun undian ini tidak mengambarkan undian sebenar namun ianya dapat membayangkan apa yang akan berlaku selanjutnya.. Samalah kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti...

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...