Pages

Wednesday, 11 September 2013

OPS CANTAS! 44 INDIVIDU LAGI DITAHAN!

Polis Kuala Lumpur menahan 44 individu atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk menganggotai pertubuhan kongsi gelap dalam Ops Cantas Khas dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, dalam operasi itu seramai 154 indidvidu dan 161 buah kenderaan telah diperiksa.

"Mereka yang ditahan antaranya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355) Pertubuhan yang menyalahi undang-undang, Seksyen 378 A/411 Kanun Keseksaan memiliki kerana motosikal curi, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pasport, Seksyen 19(3) Akta Penagih Dadah 1983.

"Kita turut menahan individu yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, letupan dan senjata berbahaya 1958 kerana memilik sebilah kerambit, Seksyen 11(7) Imigresen dan Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana salah guna pas lawatan, Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bernama

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...