Pages

Saturday, 14 September 2013

Murtad Dan Kalimah Allah : Manipulasi Islam Kunci Hancurkan Perpaduan Melayu

Perpaduan Melayu di negara kita cuba dimusnahkan dengan provokasi melampau oleh pihak yang cukup tidak bertanggungjawab. Ini telah didorong oleh sifat kerakusan kuasa dan ketamakan yang telah dibutakan matahati dengan janji manis perjanjian yang cukup bersifat dendam peribadi. Mereka ini sanggup mencagarkan perpaduan dan keharmonian umat Islam.

Orang Melayu yang cukup sinonim dengan Islam cuba dipesongkan akidah dan pegangan hidup agar jauh melencong dari hakikat Islam yang sebenarnya. Islam yang merupakan agama syumul yang cukup mudah dan sederhana telah dimanipulasikan sehingga mewujudkan kumpulan-kumpulan fanatik yang sanggup bertindak ganas, kasar, angkuh dan zalim sesama umat Islam.

Tiada paksaan dalam agama’ telah ditafsir oleh sesetengah pihak sebagai ‘hak untuk orang Islam meninggalkan Islam’ sedangkan makna sebenar yang difahami ialah seseorang bukan Islam tidak boleh dipaksa memeluk Islam. Isu ini telah cuba dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggung jawab di dalam forum yang telah dianjurkan dalam sebuah gereja sehingga mengheret salah seorang ahli politik pembangkang yang rakus mahukan sokongan mereka telah menyatakan secara terbuka menyokong bahawa umat Islam boleh mengambil langkah untuk murtad atas hak kebebasan agama sedangkan kebebasan beragama ini sendiri tidak difahami oleh ahli politik tersebut.

Manakala  dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang tidak dapat diterima oleh majoriti Islam tetapi telah ‘dipromosikan’ oleh sesetengah kumpulan yang berkepentingan sedangkan sebagai negara Islam, Malaysia tidak mengiktiraf hak-hak LGBT. Namun ahli politik Islam seperti PAS dan PKR telah sama-sama menyertai demo jalanan menuntut kebebasan LGBT ini.

Pemimpin politik pembangkang juga mula memanipulasikan Islam dengan berlakon alim-alim kucing semata-mata untuk meraih sokongan bangsa Melayu yang mudah terharu dengan tindakan-tindakan kecil dan mudah yang kononnya zuhud dan begitu Islamik sedangkan hakikat sebenarnya pemimpin ini sanggup berlakon islamik demi dendam peribadi mereka.

Mereka sanggup menyalahkan kerajaan Barisan Nasional yang membina rumah Allah untuk kemudahan umat Islam menunaikan ibadah solat dan mereka berpura-pura solat di tepi jalan demi untuk membuktikan bahawa masjid tidak diperlukan dan tindakan membina masjid merupakan satu pembaziran. Ini jelas menunjukkan sikap manipulasi Islam yang melampau.

Islam adalah agama ehsan, agama keadilan, agama kedamaian, agama keamanan, agama toleransi, agama kemewahan dan agama pembahagian hak kepada yang berhak menerimanya. Tidak ada kezaliman dalam Islam. Sesungguhnya agama Islam yang istimewa dengan keadilan, kesederhanaan, kemudahan dan toleransi itu memerintahkan kita supaya sentiasa komited dengan keadilan, iaitu keadilan dalam perkataan, dalam membuat keputusan, dalam tingkah laku, dalam muamalat dan keadilan dalam semua aspek kehidupan kerana dengan keadilanlah sesuatu umat itu akan hidup.

Syariat Islam memerangi sifat fanatik yang membuta tuli dan sifat perkauman yang dicela.Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan janganlah kamu lupa habuanmu di dunia ini’, kerana dunia tidak boleh dimakmurkan dengan kejahilan sebaliknya dengan ilmu pengetahuan dan kekuatan. Akan tetapi kekuatan di sini bukan bermakna kezaliman, penindasan, paksaan atau permusuhan. Kekuatan yang kita maksudkan di sini ialah kekuatan yang saksama, yang mengandungi kasih sayang, yang berlandaskan kebijaksanaan, yang memberi hak kepada yang berhak, yang berpihak kepada kebenaran, yang membawa kepada kemenangan dan yang sanggup menentang kezaliman sehingga ianya dapat dihancurkan.

Oleh itu pendidikan Islam yang betul menjadi kunci kepada pembentukan sebuah masyarakat Islam yang mencintai keamanan. Kemurnian pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah yang memberi penekanan kepada prinsip-prinsip kesederhanaan, toleransi agama serta amalan saling menghormati menjadi faktor penting yang membolehkan orang Islam dan kaum-kaum lain di Malaysia dapat hidup secara aman.Segala bentuk keganasan yang cuba ditonjolkan oleh segolongan rakyat yang fanatik terhadap fahaman politik tertentu wajib dikekang dan dibenteras demi memastikan kedamaian dan keamanan negara dapat dipelihara.

Mykmu.net

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...