Pages

Monday, 16 September 2013

FITNAH LAGI! Mohd. Isa Nafi Felda Mahu Ambil Alih Tanah Peneroka

Ini lagi satu fitnah yang disebarkan bagi memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan kerajaan yang berniat menyemai perasaan benci rakyat. Cubaan mengambarkan apa yang pemimpin UMNO dan kerajaan adalah zalim dan korup. 

Terbaru cubaan menjatuhkan reputasi dan imej Felda yang didakwa mahu mengambilalih tanah peneroka. 

Felda menafikan pihaknya mahu mengambil alih tanah peneroka dan menyifatkan khabar angin berkenaan sebagai usaha jahat yang sengaja digembar-gemburkan pihak yang iri hati dengan kejayaan agensi itu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, perkara itu tidak pernah dibangkit atau dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda, malah tiada langsung keputusan mengenainya dibuat.

"Ini adalah khabar yang tidak betul. Cadangan itu cuma satu pandangan sebahagian pemimpin dan beberapa pengurusan Felda. Ia bukan satu keputusan, apatah lagi tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat yang besar,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bangunan Tadika Taman Bahau, dekat sini hari ini. (UTUSAN)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...