Pages

Saturday, 21 September 2013

Misteri Mesyuarat EXCO Sebuah Negeri Di Adakan di Thailand Demi Penghormatan Terakhir Pada Chin Peng?

Menurut sumber, sebuah kerajaan negeri telah mengadakan mesyuarat EXCO khasnya di Thailand pada minggu lalu bagi memberi peluang beberapa EXCOnya menghadiri majlis memberi penghormatan terkahir kepada bekas ketua Komunis Malaya paling kejam mendian Chin Peng.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan para EXCO Negeri Selangor dikatakan telah mengadakan Mesyuarat tersebut di World Club Hotel, Bangkok, Thailand. Khabarnya seramai 18 orang yang antaranya Exco Selangor dan pegawai kerajaan negeri berlepas ke Bangkok dari KLIA kira-kira jam 10 pagi pada 18 September iaitu pada hari Rabu lepas.

Kita sedia maklum, kematian ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pada Hari Malaysia, 16 September lalu memberikan pelbagai impak kepada parti Pembangkang hinggakan mereka meroyan ke tahap yang sangat kritikal.

Mereka mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan membenarkan mayat juga abu pembelot negara ini dibawa pulang ke Malaysia.

Jadi, apakah modus operandi Khalid bersama orang bawahannya pergi ke Bangkok dan mengadakan mesyuarat Exco Negeri di sana?

Ia dapat dirungkaikan seolah-olah mesyuarat tersebut hanyalah alasan buat Pakatan Rakyat untuk pergi memberikan penghormatan terakhir kepada pengkhianat negara yang dianggap oleh puak Pembangkang sebagai pejuang kemerdekaan.

Juga, sebagai usaha dari kerajaan PR untuk mempertahankan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.

Sebelum ini, puak Pembangkang mudah melemparkan tuduhan di mana kerajaan terlalu boros dalam mentadbir kewangan negara dan telah menipu rakyat apabila menggunakan duit rakyat dalam merencanakan program dalam negara ini.

Namun, apabila berbicara mengenai mesyuarat senyap yang dijalankan di Bangkok, apakah kerajaan Negeri Selangor tidak boros membelanjakan kewangan kerajaan negeri?

Dimaklumkan dari sumber Pejabat Menteri Besar Selangor, Segala perbelanjaan pemergiaan, kos penginapan dan makan minum telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermakna, Khalid juga telah menggunakan duit rakyat untuk kepentingan politik sendiri. Dan lebih dasyat, Khalid menggunakan duit rakyat demi menghormati pengganas Malaysia, Chin Peng.

Dari sudut lain pula, mengadakan mesyuarat Exco Negeri sampai ke negara orang lain memperlihatkan Khalid tidak pandai dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran Selangor.

Juga, Khalid gagal dalam mengawal politik kerajaan negerinya hinggakan menjemput pihak luar dalam mesyuarat penting negeri beliau.

Jadi, tidakkah pelik bagi kerajaan Negeri Selangor mengadakan mesyuarat Exco Negeri jauh dari Malaysia?

Sumber : mykmu.net

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...