Pages

Saturday, 21 September 2013

MASYALLAH! WANITA TUNISIA LANCAR JIHAD NIKAH DI SYRIA

Sekumpulan wanita Tunisia pergi ke Syria untuk melancarkan 'jihad nikah' bagi melegakan pejuang-pejuang yang memerangi tentera Presiden Bashar Al-Assad, kata Menteri Dalam Negeri, Lotfi ben Jeddou kepada Parlimen.
"Mereka tidur dengan 20, 30 atau 100 pejuang Islam," kata menteri berkenaan kepada anggota-anggota Parlimen Tunisia kelmarin.
"Selepas mengadakan hubungan seks menerusi jihad nikah, mereka pulang dalam keadaan hamil," tambahnya.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai bilangan wanita Tunisia yang hamil secara demikian.
Jihad nikah yang membenarkan hubungan seks dengan berbilang pasangan, dianggap oleh sebahagian ulama Wahabi sebagai antara bentuk jihad di sisi Islam.
Lofti tidak mendedahkan bilangan wanita Tunisia yang memasuki Syria bagi tujuan itu tetapi media tempatan melaporkan angka tersebut mencapai beberapa ratus orang.
Selain wanita, beratus-ratus lelaki Tunisia turun memasuki Syria untuk bersama-sama berjihad menumbangkan rejim Bashar.
Bagaimanapun, Lofti turut memberitahu, seramai 6,000 belia negara berkenaan telah dihalang untuk memasuki Syria sejak beliau mula mentadbir negara pada Mac lalu.
Dalam pada itu media tempatan melaporkan beribu-ribu warga Tunisia menyertai pejuang-pejuang Islam dalam konflik di seluruh dunia termasuk di Afghanistan, Iraq dan Syria sepanjang 15 tahun lalu. - AFP

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...