Pages

Thursday, 12 September 2013

TERKINI! KUMPULAN PEMISAH MNLF SERANG BANDAR KEDUA! (4 GAMBAR)

Seorang awam terbunuh apabila pertempuran meletus pada Khamis antara Kumpulan Pemisah Islam dengan pasukan keselamatan di Bandar Lamitan di Wilayah Basilan di selatan Filipina , kata pegawai.

Naib Datuk Bandar, Roderick Furigay berkata pertempuran meletus di kampung Colonia . "seorang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan itu. Kami merayu kepada penduduk supaya berjaga-jaga, "katanya.

Penduduk kampung telah melarikan diri apabila siren berkumandang di Lamitan , memberi amaran kepada penduduk kampung bahawa kumpulan tersebut telah memasuki bandar dan pertempuran yang telah bermula. Terdapat laporan mendakwa bahawa Kumpulan Pemisah Islam Abu Sayyaf, yang mempunyai kaitan rapat al -Qaeda dan Jemaah Islamiyah , menyertai serbuan itu.

Sebelum serbuan , MNLF dan Abu Sayyaf  juga menyerang sebuah pasukan tentera di Kampung Magcawa di Bandar Tipo - Tipo , menurut Kapten Jeffercon Somera , jurucakap Bahagian Infantri 1.

" Kita telah dapat menangkis serangan itu dan kita masih tidak tahu jika terdapat mangsa di sebelah musuh, " katanya.

Pertempuran di Lamitan dan Bandar Tipo - Tipo berlaku ekoran kumpulan tersebut telah menduduki beberapa kampung di Zamboanga City sejak 9 September.

Pertempuran berterusan di Zamboanga untuk 4 hari berturut-turut di mana beribu-ribu askar dan polis, yang disokong oleh helikopter dan kereta perisai berhadapan dengan kira-kira seribu kumpulan pemisah tersebut yang telah menduduki sekurang-kurangnya 4 kampung - Rio Hondo , Mampang, Santa Catalina dan Santa Barbara.

Pertempuran juga meletus berhampiran Bandar Zamboanga dimana kawasan yang telah hampir menjadi kubu kumpulan pemisah.

Lebih daripada 13,000 orang telah melarikan diri dari rumah mereka kerana bimbang akan terperangkap dalam insiden tembak menambak atau dijadikan tebusan oleh kumpulan pemisah yang  bersenjata yang mana didakwa masih menahan 100 orang tebusan, termasuk seorang paderi Katolik dan keluarganya, di Zamboanga. Kehadiran penembak tepat MNLF dan tebusan telah membuat ianya lebih sukar bagi tentera untuk menyelamatkan tebusan.

Penembak tepat MNLF juga menembak helikopter yang  berlegar di atas kampung-kampung . Tentera AS juga mengerahkan pesawat pengintip di Bandar Zamboanga bagi membantu krisis di selatan Filipina dan telah terbang rendah setiap malam sejak krisis meletus.

Datuk Bandar, Maria Isabelle Salazar berkata kerajaan sedang berunding dengan MNLF dalam usaha untuk menamatkan krisis yang telah  membunuh dan mencederakan yang didakwa seramai  tiga dozen orang.

Kumpulan Pemisah MNLF dibawah Nur Misuari berkata, mereka berjuang untuk kemerdekaan Mindanao dan telah menamakan kawasan yang bermasalah sebagai Republik Bangsamoro, yang merujuk kepada tanah air Islam.

Sumber olahan berita dan sumber bergambar : Mindanao Examiner/Kansas City News/Al-Jazeera

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...