Pages

Monday, 9 September 2013

WOW! Konsert K-POP di Pulau Pinang! Ada bantahan? (4 gambar)

Itulah dunia! Hari ini menentang, esok belum tentu lagi masih menentang. Sikap akan berubah-ubah ikut sedap hati. Begitulah juga yang terjadi kepada politik tanahair. Hari ini menentang bagai "naik rak", tiba-tiba apa yang ditentang dibuat pula.

Apabila kerajaan meluluskan Konsert Kumpulan Metallica tempohari, maka ramailah "pejuang-pejuang fisabilillah" pro Pakatan Rakyat waima golongan ulama PAS yang bersuara menentang hingga ada yang berdemo kononnya akan merosakkan kumpulan tersebut membawa budaya yang tidak baik kepada remaja Malaysia. Begitu juga apabila Konsert K-POP di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012, maka berpusus-pusu lah cybertrooper pro Pakatan Rakyat menghentam kerajaan membawa masuk budaya "tidak menutup aurat" dan segala bagai alasan untuk menentang.

Namun, alkisah Konsert Bintang Asian di Pulau Pinang yang menjemput artis K-POP "T-ARA dan "Boyfriend" akan mengadakan persembahan di Penang International Sports Arena (PISA) pada 26 Oktober 2013. Apa sudah berlaku? Bukan ini satu budaya yang tidak baik dan tidak menutup aurat?

Mana dia "pejuang-pejuang fisabilillah"? Mana dia cytro-cytro Pakatan Rakyat? Berdemolah! Tentanglah habis-habisan!Teman mahu melihat sejauhmana keberanian macai-macai ini bersuara menentang kehendak DAP! Ada berani?

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...