Pages

Monday, 9 September 2013

PANAS! Buka Tudung, Pakai Skirt, Boleh Kerja! BIADAP!

Kecewa dan kecewa. Begitulah luahan wanita Melayu Islam yang telah menjadi mangsa diskriminasi untuk diterima bekerja. Unsur-unsur diskriminasi telah lama wujud oleh segelintir syarikat swasta namun tidak banyak dilaporkan.

Berita terbaru yang menyebut wanita Melayu yang memakai tudung menjadi mangsa diskriminasi untuk diterima bekerja oleh segelintir majikan swasta di negara ini yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.

Isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna Internet selepas seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama di sini, ditolak atas alasan dia bertudung.

Mira Kamil yang pernah menuntut di United Kingdom selama empat tahun dan sedang mencari kerja sementara memuat naik status itu di laman Facebook pada 1.59 petang Isnin lalu yang dikongsi hampir 8,500 pengguna Facebook.

“Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang bertudung” dan “sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini.” Itu antara kata-kata diterima Mira.

Apa yang lebih mengejutkan apabila pemohon-pemohon kerja wanita Islam ini disyaratkan untuk memakai skirt! Dasar yang ditetapkan ini adalah jelas melanggarkan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dimana setiap individu mempunyai hak mengamalkan agama masing-masing serta menghormati agama Islam sebagai agama resmi negara.

Apakah yang membuat syarikat-syarikat swasta ini begitu keras hati dan bersikap kurang ajar kepada wanita-wanita Melayu Islam di Malaysia? Adakah tiada peruntukan undang-undang yang boleh diambil ke atas syarikat-syarikat ini? Sekurang-kurang syarikat-syarikat ini telah melanggar apa yang termaktub di dalam Perlembagaan.. Adakah itu tidak mencukupi?..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...