Pages

Sunday, 15 September 2013

KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PERUNTUKAN RM650,000! @Khairykj

Berikut adalah kenyataan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin di facebook mengenai fitnah KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MEMBERI PERUNTUKAN RM650,000 kepada seorang penyokong UMNO yang bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO menang dalam PRK Kuala Besut tempoh hari.


Ada yang tuduh Kerajaan melalui KBS memberi RM650 ribu untuk program jalan kaki dari Besut ke Putrajaya. Mungkin tuduhan ini dibuat sebab saya mewakili YAB PM di pelancaran program tersebut pada 13 Sept di Putrajaya. 

Disini saya ingin jelaskan bahawa RM650 ribu itu adalah penajaan dari syarikat-syarikat swasta, kebanyakkan dari Terengganu dan bukan peruntukan Kerajaan/wang rakyat.

Saya sendiri menyaksikan penyerahan mock cheque tersebut. Tidak ada apa-apa peruntukan diberi oleh KBS bagi Kerajaan Malaysia. Harap mereka yang menyebarkan fitnah di media sosial mengambil maklum pencerahan ini.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...