Pages

Sunday, 15 September 2013

GEMPAR! KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BERI RM650,000 UNTUK BERJALAN KAKI KE PUTRAJAYA @Khairykj

Semak dengan pembangkang ini. Bukan sahaja suka membangkang malah suka memfitnah! Kalau sekadar gelaran "ustaz" tidak semestinya betul belaka! Bukannya maksum, tiada kesalahan dan kepincangan waima dijanjikan syurga sekalipun.

Jika tidak memfitnah, bukanlah pembangkang lah namanya. Terbaru fitnah seorang yang digelar ustaz Hasbie Muda yang mengangkat dirinya sebagai penganalisis politik yang pro PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau telah mendakwa Kementerian Belia dan Sukan telah memberikan peruntukan RM650,000 kepada seorang penyokong UMNO yang bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO menang dalam PRK Kuala Besut tempoh hari.

PROFIL KAKI FITNAH INI : https://www.facebook.com/hasbiemuda
Setelah teman selidiki daripada sumber Kementerian Belia dan Sukan, tiada apa-apa peruntukan yang disalurkan kepada individu yang dimaksudkan oleh beliau. Teman dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin selaku Menteri Belia dan Sukan hanya membuat pelepasan kepada cabaran berjalan kaki tersebut bagi mewakili Perdana Menteri.

Fitnah ini adalah bertujuan untuk memburuk-burukkan kepimpinan UMNO dalam kerajaan dan kredibiliti serta imej kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Itulah kerja pembangkang yang tak habis-habis menuduh tanpa bukti. Teman harap pihak Kementerian Belia dan Sukan dan Menteri Belia dan Sukan membuat laporan Polis  dan membuat tindakan saman fitnah sekiranya pemilik facebook yang bernama Hasbie Muda ini tidak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka terhadap kenyataan fitnah beliau di facebook.

Sebaran kenyataan fitnah beliau di facebook tersebut telah menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan kerajaan serta agensi kerajaan khususnya.

1 comment :

  1. akhbar https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/1229964_10200524063772753_982575090_n.jpg

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...