Pages

Monday, 16 September 2013

Kapal bersauh tanpa kebenaran ditahan APMM

Gambar Hiasan
Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan berjaya menahan sebuah kapal yang dipercayai melakukan kesalahan bersauh tanpa kebenaran di perairan Pengerang, Kota Tinggi, lewat petang semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Komander Maritim Amran Daud berkata, kapal Sun Rise 689 ditahan kira-kira pukul 7.20 malam ketika bersauh pada kedudukan 2 batu nautika selatan Pulau Mungging.

Menurut Amran, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati kapal terbabit tidak mempunyai dokumen yang sah serta bersauh di kawasan larangan bersauh.

"Kapal yang didaftarkan di Vietnam itu membawa 18 anak kapal terdiri daripada warganegara Vietnam berusia antara 22 hingga 62 tahun. 

Kosmo

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...