Pages

Monday, 23 September 2013

ANWAR IBRAHIM KENA KEJAR! SIAPA PULAK?

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mengulangi desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab kesahihan surat misteri bertajuk “Bankleaks Anwar/Karpal (20/06/2013)” yang diedarkan di Parlimen Permatang Pauh, awal Ogos lalu.

Surat lapan muka surat yang didakwa didedahkan oleh pemberi maklumat rahsia yang merupakan bekas pekerja Pengerusi DAP, Karpal Singh itu menceritakan ‘urus niaga’ bernilai jutaan ringgit melibatkan Anwar dan Karpal, selain mencatat nilai simpanan Anwar yang berjumlah kira-kira 16,867,680.88 di 5 buah bank.

“Seperti dijanjikan, JMM tampil hari ini menyerahkan surat kebenaran untuk ditandatangani Anwar bagi membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan maklumat akaun-akaun bank seperti terkandung dalam surat misteri sekaligus membersihkan nama beliau.

“Kalau tak nak jumpa, beliau boleh pos terus kepada bank negara dan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz untuk menjelaskan kemelut akaun beliau ini,” ujar Presiden JMM, Azwanddin Hamzah.

Azwanddin mewakili JMM menyerahkan dua keping surat yang disediakan JMM di kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Pekerja Anwar bagaimanapun mendakwa Anwar sudah keluar.

Surat JMM berkenaan diterima oleh seseorang dikenali sebagai Pak Ibrahim dan tiga pekerja Anwar. Menjawab persoalan Pak Ibrahim mengapa tidak terus pergi ke pejabat Anwar, Azwanddin menyatakan JMM akan berbuat demikian minggu hadapan.

JMM sebelum ini pernah berikrar akan mengikuti Anwar ke mana sahaja termasuk di Parlimen, ceramah-ceramah, rumah dan malah sehingga ke Amerika Syarikat (AS) sekali pun asalkan ketua pembangkang berkenaan sanggup menandatangani surat kebenaran akses kepada akaun banknya.

Video dan kisah selanjut di Mynewshub

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...