Pages

Saturday, 14 September 2013

TERKINI : Intipati Ucapan @NajibRazak Di Pelancaran Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

Kerajaan telah mengulangi komitmen untuk mengukuhkan ekonomi bumiputera semua peringkat. Ekonomi 18.6 juta orang atau 67.9 bumiptera  peratus penduduk negara ini terus diperkasa memandangkan pengukuhan golongan itu akan mewujudkan limpahan manfaat yang boleh menguntungkan semua. Kerajaan mendengar denyut nadi dan aspirasi Bumiputera mengenai masa depan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa dasar-dasar bagi memperkasa ekonomi bumiputera seiring usaha merealisasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM Shah Alam, Selangor sebentar tadi.

Antara lain Najib yang juga Menteri Kewangan, menyentuh aspek pembangunan modal insan, pemilikan ekuiti dan hartanah bumiputera. Intipati penting dalam memastikan kejayaan pemerkasaan kali ini ialah pelaksanaan berkesan di setiap peringkat. Beliau berkata, agenda Bumiputera harus dilihat dalam kerangka dan menjadi agenda nasional. Agenda Bumiputera bukan mengambil hak sesiapa tetapi melalui penciptaan kekayaan baru. Dasar Ekonomi Baru sebagai langkah awal telah berjaya merapatkan jurang antara kaum antara etnik pendapatan Cina pada nisbah 1:1.43.

Usahawan bumiputera tertumpu kepada mikro dan sederhana dan pencapaian Bumiputera dalam bidang perniagaan masih rendah.

Antara intipati yang diumumkan sebentar tadi adalah,

Fokus pemerkasaan pertama: Mendaya modal insan Bumiputera antaranya mentingkat kemahiran golongan muda. Oleh itu peruntukan tambahan diberi kepada Mara dan program latihan IKBN ditambah.

Fokus pemerkasaan kedua: Memantap pemilihan ekuiti Bumiputera dalam sektor swasta

Fokus pemerkasaan ketiga: Memperkukuhkan pemilihan aset bukan kewangan Bumiputera

Fokus pemerkasaan keempat:
Semua CEO GLC mesti tetapkan KPI penyertaan Bumiputera di agensi masing-masing. UKAS akan kenalpasti perkhidmatan kerajaan berdaya maju utk diswastakan kpd Bumiputera.

Selepas kejayaan dalam projek MRT, dasar "carve out" akan diperluaskan lagi. Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera akan dimulakan dgn RM100 juta, beri geran sehingga RM500,000.

Fokus pemerkasaan kelima: Memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan. Unit Pembangunan Bumiputera akan diwujudkan di semua kementerian.

Najib meminta semua pihak tidak salah faham kerana tidak mengambil hak kaum lain dan apa dilakukan adalah wajar dan adil. Beliau juga berkata perhimpunan hari ini bukan untuk suka-suka. Beliau juga mengumumkan, 

- Menambah 250,000 kemasukan UiTM menjelang tahun 2020.
- Dana Pendidikan Mara RM1bilion secara matching fund 

- Penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera ganti Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. TERAJU akan diletakkan di bawah Perdana Menteri & Majlis Ekonomi Bumiputera gantikan MTAB



Sebelum menutup ucapan beliau menyatakan selagi hayat beliau ada agenda Melayu dan bumiputera tetap jadi agenda utama.

Laporan penuh akan menyusul..

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...